Connect with us

Viral

10 Bulan Kahwin, Wanita Terkejut Rupanya ‘Suami’ Sebenarnya Seorang Perempuan

Berkahwin dengan kaum sejenis atau menukar jantina jelas haram disisi agama islam bahkan ianya juga dilaknat oleh Allah S.W.T.

Berpakaian seperti jantina lain pun salah, apatah lagi menukar jantina dan berkahwin sesama jenis.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang wanita di Jambi, Indonesia nyata terkejut selepas mendapat tahu bahawa ‘suami’ yang dikahwininya selama 10 bulan sebenarnya merupakan seorang perempuan. Mawar (nama samaran), mengetahui hal tersebut apabila dia menjadi saksi mengenai isu pemalsuan sijil ijazah kolej ‘suaminya’ itu.

Mawar juga sempat berkata bahawa selama 10 bulan tinggal bersama, dia tidak pernah sekali pun mengesyaki suaminya seorang perempuan malah dia percaya bahawa suaminya itu merupakan seorang lelaki tulen dan bekerja sebagai doktor.

“Pada awalnya, dia mengaku sebagai seorang doktor secara profesion dan memiliki banyak kelulusan ijazah akademik serta melanjutkan pelajaran di luar negara dengan biasiswa dari lima fakulti sekaligus,” jelasnya

Memetik laporan Detik.com, mereka berdua berkenalan di applikasi ‘dating’. Ketika itu, panampilan suaminya itu layaknya seorang lelaki yang tinggal di Kabupaten Lahat, Indonesia.

Perkenalan yang singkat, mereka hanya mengambil masa selama dua minggu untuk mengenal hati budi masing-masing sebelum berkahwin dan mengetahui suaminya adalah wanita yang bernama Eryani.

Ketika itu, Eryani yang kini didakwa atas tuduhan penipuan ijazah kolej datang dari Lahat, Sumatera Selatan datang ke rumah Mawar. Pada awalnya dia hanya tinggal di rumah penginapan dan bertemu dengan Mawar diluar sebelum sempat menginap di rumah wanita tersebut selama seminggu

Mawar mengakui Eryani berkelakuan sangat baik. Oleh kerana dia mengaku dirinya adalah seorang doktor, Mawar pernah meminta Eryani untuk menjaga kedua ibu bapanya yang sedang sakit.

“Sempat merawat ayah saya yang akhirnya saya percaya bahawa dia itu seorang doktor. Dia lakukan pemeriksaan ke atas ayah saya dan mencadangkan ubat-ubatan, saya cuma beli. Datang ke rumah, benda pertama yang dia buat check kesihatan orang tua saya dulu,” jelasnya lagi

Mawar kemudian diminta untuk melaksanakan pernikahan tidak berdaftar (nikah siri) oleh wanita itu selepas menerima nasihat daripada keluarga Mawar dan ibu bapa angkat Eryani yang hanya berhubung melalui telefon.

Mawar mengaku bahawa di telah dinikahkan oleh Imam Sarwono yang juga bertindak sebagai wali hakim kerana ayahnya tidak dapat hadir atas faktor kesihatan ketika itu begitu juga dengan ibunya. Bermakna, kedua ibu bapa Mawar tidak menyaksikan perkahwinan mereka.

Mawar juga kerap bertanya tentang identiti suaminya itu, namun dia sering kali mengelak dan memberi pelbagai alasan untuk menutup identiti sebenarnya.

Tidak cukup dengan itu, Mawar mengaku dia tidak pernah berjumpa dengan keluarga kandung Eryani dan cuma dibawa ke rumah ibu bapa angkatnya di Lahat dan tinggal di sana selama sebulan.

Lebih teruk, Semasa menumpang di rumah ibu bapa angkat suaminya, Mawar tidak dibenarkan berinteraksi.

Mengenai profesionnya sebagai seorang doktor, Mawar sering bertanya hal itu kepada suaminya, namun suaminya sering saja mengelak dari menjawab pertanyaan itu. Mawar mengaku bahawa ketika bertemu dengan suaminya, dia bekerja sebagai doktor dan baru sahaja tamat pengajian di sebuah universiti di New York.

Mawar mendapat tahu suaminya itu sebenarnya seorang wanita ketika mereka kembali ke Jambi setelah melarikan diri ke Kabupaten Lahat Sumsel. Malah ketika itu, ibunya juga telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa atas pemalsuan ijazah yang akhirnya didakwa ke mahkamah di Jambi.

Ketika di Jambi, ibu Mawar memaksa untuk Ahnaf Arrafif atau nama sebenarnya Eryani untuk membuktikan kelamin lantaran sudah mengetahui jantina sebenarnya. Setelah dibuktikan, benarlah bahawa dia sebenarnya seorang wanita dari kelamin yang dia ada.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.