Kehadiran cahaya mata dalam rumahtangga pastinya merupakan detik yang dinantikan oleh setiap pasangan terutama buat mereka yang telah lama menunggu.
Namun, tiada siapa mampu melawan takdir yang telah tertulis. Seperti satu kisah yang tular dikongsikan di laman Facebook oleh Sha Wbunny ini.
Kisah bayi ini betul-betul terkesan di hati saya
“Beberapa ketika yang lepas, saya hadir ke mesyuarat kematian bayi & kanak-kanak bawah 5 tahun. Masa dan ketika ni saya rahsiakan bagi menjaga kerahsiaan pesakit”.
“Namun sepanjang saya menjaga hal kematian, kematian bayi ini betul2 terkesan pada hati saya”.
Pasangan ini telah 10 tahun berusaha untuk mendapatkan anak
“Ibu ini, dia dan suami telah 10 tahun berusaha mendapatkan anak. 4 kali kandungannya gugur dan akhirnya Allah rezekikan dia melalui percubaan IVF kali pertamanya”.
“Kenapa selepas 10 tahun baru mencuba IVF? Ibu ini suri rumah yang membuat jualan kuih kecil kecilan. Suaminya hanyalah pemandu kerajaan”.
Mereka sama-sama mengumpul duit untuk cukupkan kos IVF
“Mereka sama-sama mengumpul duit untuk mencukupkan kos rawatan IVF sejak 7 tahun lepas”.
“Saya melawat ibu ini di rumah dan keadaan rumahnya sangat daif. Hanya cukup perkara asas. Sofa pun tiada”.
Jual tanah, jual kuih, suami malam jual burger, rezeki buat IVF tahun ini
“Dr saya tahu semua doktor tak bagi saya mengandung sebab saya dah tua. Tapi tulah saya & suami baru cukup duit nak buat IVF ni”.
“Jual tanah kampung sekangkang kera tu sikit, jual kuih sikit2, suami malam jual burger sikit. Dapat lah Dr rezeki nak buat tahun ni, syukur sangat”.
Kandungannya berisiko tapi bayinya kuat
“Ibu ini saya lawati kerana kandungannya sangat berisiko, berbagai masalah sepanjang dia mengandung tapi bayinya kuat dan membesar dengan baik. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk melahirkan”.
“Berjenis temujanji susulan yang perlu dia hadir, hampir setiap minggu. Tapi sekali pun dia tak pernah lupa. Saya semak buku kandungannya, setebal buku teks”.
Lepas bayi lahir, saya nak sedekah kuih kat staff hospital
“Saya niat macam2 Dr lepas bayi lahir ni. Nak bantu orang lain macam Allah bantu saya. Nak sedekah sikit kuih kat staff-staff hospital”.
“Saya tengah belajar nak buat cream puffs ni, seganlah nak jamu kuih kampung je”.
Tak pernah mengeluh walaupun tunggu temujanji seharian
“Saya ingat terang dan jelas kata-kata ibu ni pada saya. Baik sangat orangnya. Patuh sungguh nasihat doktor & nurse”.
“Tak pernah mengeluh walaupun saya tahu setiap kali temujanji pakar pasti seharian menunggu”.
“Kes ibu ini sangat menarik pada saya sehinggakan saya follow up ibu ini secara personal”.
Saya tak boleh bayangkan kepayahan ibu hebat ini
“Sepatutnya saya sibuk dengan urusan luar kuasa saya tapi ibu ini ibu IVF, sedangkan saya yang berada dalam bidang perubatan ni pun rasa susah”.
“Saya tak boleh bayangkan kepayahan ibu hebat ini. Saya baca se’details’nya perjalanan rawatan ibu ini.
“Dari awal dia dapatkan temujanji, terpaksa tangguh rawatan kerana telur tak membesar, prosedur abandoned sebab membesar dengan tidak sempurna, gugur berkali-kali. Tapi yang baik-baik sahaja ceritanya pada saya”.
Ibu ini dimasukkan ke wad kerana demam panas dan bayinya kurang gerak
“Sehinggalah beberapa bulan selepas itu, saya dimaklumkan oleh rakan doktor saya (yang bekerja di hospital tempat ibu ini mendapatkan temujanji susulan yang ibu ini dimasukkan ke wad kerana demam panas”.
“Sudahlah demam, bayinya kurang gerak. Rasa tak sedap hati aku ni dengan kes ni” jelas rakan saya”.
Saya datang melawat ibu ini
“Saya sendiri rasa tak sedap hati bila saya tahu ibu ini hanya menunggu masa beberapa bulan sahaja lagi.
“Saya hadir ke hospital dengan alasan untuk makan bersama rakan doktor saya, sedangkan niat saya ialah untuk melawat sendiri ibu ini”.
Buatlah apa cara pun pastikan anak saya selamat
“Masih jelas pada ingatan saya, ketika rakan saya membawa saya berjumpa ibu ini, matanya bengkak teruk. Tudungnya senget benget tak terurus”.
“Katanya pada saya, doktor tahu kan kes saya? Dr anak saya ok kan? Dr saya nak sangat sangat sangatt anak saya ni Dr, Dr tolong pesankan kt semua doktor lain, buatlah apa cara pun pastikan anak saya selamat”.
Kalau cacat pun saya nak anak saya, asalkan hidup tolonglah
“Kalau cacat sekalipun saya nak anak saya. Walaupun cacat saya sanggup asalkan hidup je Dr. Biarlah tak sempurna. Asalkan ada. Asalkan hidup. Asalkan hidup sahaja, tolonglah”.
“Saya diam kaku. Tak pernah sepanjang saya berkhidmat saya hilang kata-kata. Kematian adalah perkara biasa dalam bidang kami. Tapi kali ini saya sangat-sangat terkesan”.
Betapa hebatnya dugaan ibu ini
“Saya pesan agar dia banyak2 berdoa dan terus minta diri untuk pulang. Saya teresak-esak menangis di dalam kereta”.
“Betapa hebatnya dugaan ibu ini. Betapa Allah uji orang-orang yang hebat. Saya sendiri mungkin tak mampu nak hadapi”.
Ibu ini kehilangan anak dan rahimnya kerana pendarahan teruk
“Akhirnya ibu itu kehilangan anaknya. Dia juga kehilangan rahim kerana mengalami pendarahan yang teruk dan beberapa komplikasi lain. Syukur, nyawanya masih panjang”.
“Saya menitiskan lagi air mata sewaktu mesyuarat dijalankan. Saya sehinggakan takut untuk berjumpa lagi dengan ibu ini sebab saya rasa tak mampu untuk berkata apa-apa”.
Besarnya kekuatan dia
“Saya takut nak tatap mata ibu sebaik dia. Betapa besarnya kekuatan dia. Terkebetulan suatu hari, saya bertemu dengannya, luar dari waktu kerja”.
“Dia tegur saya, dengan mesra dan senyum. Dr ingat tak? Saya senyum kembali. Bertanya kabar. Tanya keadaannya”.
Waktu itu saya tidak redha, tapi akhirnya saya terima
“Waktu tu saya tak redha Dr, saya tak terima apa yang Allah tulis untuk saya. Sampaikan saya bagitahu Allah, cacat ke, tak cukup kaki ke tangan ke, biarlah takpa, asalkan dia hidup”.
“Dasyatkan Dr, macam tak ada iman saya ni. Tapi akhirnya saya terima. Sampailah sekarang.
Semua anak-anak saya ahli syurga, terima kasih doktor
“Ini suratan saya Dr. Allah dah kata, semua anak-anak saya ni, ahli syurga Dr. Terima kasih Dr”.
“Jadi menitislah lagi air mata saya buat kali ke-3 selepas dia berlalu pergi. Banyaknya pahala Allah berikan padanya”.
Kisah ini membuatkan saya lebih kuat
“Saya ceritakan kisah ibu ini disini sebab kisah kekuatan dia membuatkan saya lebih kuat. Saya berharap, kisah ibu ini juga memberi kekuatan pada puan-puan semua”.
“Mungkin bukan berita baik untuk dia, tapi her positivity buat saya rasa apalah sangat dugaan saya berbanding dia”.
Hampir kehilangan nyawa tapi bangun semula dengan sabar
“Jual tanah, berhutang sana sini demi rawatan bertahun tahun, tetapi tidaklah berakhir dengan kejayaan”.
“Hampir kehilangan nyawa akibat komplikasi tapi bangun semula dengan penuh sabar & tabah”.
Saya doakan kita setabah ibu ini
“Saya doakan kita semua setabah ibu ini, dan saya doakan kita semua diberi rezeki anak, InsyaAllah”.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita semua. Sama-sama kita titipkan doa buat semua pasangan yang belum memiliki zuriat diberikan rezeki buat mereka suatu hari nanti.