1) Hobbitton
Imaginasi Lord of The Rings anda menjadi realiti dalam perkampungan Hobbit penuh kehijauan ini. Lawati dan alami sendiri suasana desa di lokasi penggambaran Filem Lagenda sepanjang zaman ini.
2) Waitomo Glowworm Caves
Cahaya kehijaun bergemerlapan dalam kegelapan gua sunyi. Kenali Ulat Glowworm di akhir perjalanan sambil merentasi cruise sungai dalam gua Waitomo.
3) Queenstown
Keindahan Bandar Queenstown dikelilingi oleh gunung ganang dan Tasik Wakatipu, pemandangan dari puncak Queenstown Skyline yang sangat memukau akan membuatkan anda terpesona seketika.
4) Fox Glacier
Fox Glacier merupakan salah satu glacier ais di dunia yang terletak berdekatan dengan laut dan hutan hujan. Ini menyebabkan pembetukan ais glacier yang sangat unik.
5) Huka Falls
Merupakan sebuah himpunan air terjun biru berkilauan di kawasan Lake Taupo. Saksikan fenomena kuasa hidro semulajadi; pelbagai aktiviti menarik boleh di lakukan termasuklah berbasikal, trekking & jet boat untuk anda rasai.
6) Lake Tekapo
Fenomena mistik menyebabkan air di Lake Tekapo berubah menjadi biru turqoise. Sejauh saujana mata memandang, kawasan ini di penuhi Bunga Lupin ungu kristal sepanjang musim panas di New Zealand.
7) Milford Sound
Digelar sebagai Keajaiban Dunia yang Ke 8, Milford Sound dibentuk oleh glaciers pada Zaman Ais. Pemandangan yang sangat indah dalam apa keadaan cuaca sekalipun, namun keindahan Milford Sound ketika hujan lebih mengagumkan apabila bukit sekelilingnya mula bertukar menjadi air terjun.
8) Mount Cook
Mount Cook ialah gunung yang tertinggi di New Zealand. Sebahagian daripada Southern Alps Glacier terletak di atas gunung ini. Keindahan pemandangannya yang tidak terungkap dengan kata-kata; pasti memukau mata sesiapa yang melihatnya.
9) Moeraki Boulders
Temui Batu Gergasi berbentuk bulat yang aneh ini di sepanjang pantai Koekohe. Saksikan aktiviti Penguin liar bertebaran dalam habitat semula jadi tersendiri
10) Franz Josef Glacier
Franz Josef Glacier merupakan salah satu pemandangan alam terhebat dunia. Glasier Ais ini sering diperkatakan umpama permata utama New Zealand. Tawan puncak glasier ini dengan tour helikopter istimewa.
Kredit: Trip Jalan Jalan
All Your Travel Needs