Sememangnya anak sulung kebiasaannya akan berpewatakan hebat dan harus menonjolkan kelakuan yang baik terhadap adik-adiknya agar sifatnya itu boleh dicontohi mereka nanti.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok mengenai seorang anak sulung lelaki dapat dilihat mendukung adik kecilnya sewaktu berada di kedai makan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @lydiaezzad_26 yang dipercayai ibu kepada anak-anak itu, berkongsikan akan bagaimana perasaannya terharu melihat anak sulungnya yang masih kecil itu sudah pun mempunyai sifat penyayang terhadap adik-adiknya.
Menurut Lydia, anak sulungnya itu sudah lama menantikan adik perempuan sehingga 11 tahun dan sememangnya ia dapat dilihat melalui keikhlasan dan kasih sayang yang diberikan kepada adiknya itu.
“Selalu pi makan, kalau adik nangis dia cepat-cepat cuci tangan sebab mahu dukung adik dia. Penantian dia 11 tahun mahu adik perempuan,” jelas Lydia menerusi video tersebut.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan anak sulung yang masih kecil itu ternyata sudah mempunyai sifat empati dan toleransi yang tinggi.
Dapat dilihat bahawa dia sangat menyayangi adik kecilnya itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa bangga dengan kelakuan si anak sulung itu kerana dia telah membantu ibu bapanya dan harus diberikan pujian terhadap kelakuan baiknya itu.
Bukan itu sahaja, ada yang berkongsikan pengalaman mereka sebagai anak sulung dalam keluarga mereka.
Antara komen netizen:
“adik perempuan saya meninggal umur 32. saya jaga dia gitu when we were young.. bila saya lihat ini.. kesedihan kembali… the pain never go away.”
“adik bila dh besar jngan lupa abg, abg dia tak ckap dia syg tpi prlakuan dia buat kamu tahu dia syg kamu. .semoga ank² akak sihat sentiasa dan selalu di berkati ☺️”
“Tahniah abg yg gini rajin pandai jaga adik. Membesar dengan sihat ya abg. Adik semoga allah melindongi semua.. Love you ❤️abg”
“bakal2 abang yg sntiasa backup adik2…& inshaAllah akan mbesar jd lelaki yg brtnggungjwb….”
Video TikTok yang tular: