Connect with us

Viral

12 Tahun Bersahabat Baik, Lelaki Ini Buat Surprise Birthday Tapi Netizen Perasan Sesuatu Antara Mereka

Kata orang, lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi kawan baik dek kerana lama kelamaan akan timbul satu perasaan sayang.

Sebenarnya, ada benar dan ada tidaknya. Perasaan cinta boleh timbul dengan pelbagai cara dan tanpa alasan.

Sekiranya kita jatuh cinta terhadap sahabat baik sendiri, kita pun tidak mampu untuk menolak perasaan itu.

Pada zaman kini, untuk mencari sahabat yang ada dikala susah dan senang ini teramatlah sukar. Jika ada sekali pun mungkin 1 dalam 1000! payah betul nak jumpa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana persahabatan seorang lelaki dan gadis comel bernama Hana mencuri tumpuan ramai.

Difahamkan, mereka sudah bersahabat selama 12 tahun sejak zaman sekolah lagi. Lelaki yang mesra dikenali sebagai Faris turut mengakui bahawa Hana tidak pernah berkira untuk memberikan pertolongan dan sentiasa ada di saat susah senang termasuklah menghadapi dugaan dalam dunia perniagaan.

“dia ni selalu ada support niaga apa yang aku buat..” kata pemuda tersebut.

“tengoklah, Hana sentiasa ada membantu aku, mana nak dapat sahabat baik macam ni? yang tak berkira, ringan tulang dan tak pernah tolak jika memerlukan bantuan”

Menerusi video tersebut, Faris dikatakan telah berusaha memberukan ‘surprise’ yang luar biasa dan sangat bermakna. Dia menggubah sendiri bouquet duit, membuat sendiri cupcake untuk Hana. Semuanya dia lakukan menggunakan air tangannya yang sendiri.

“Sempena hari kelahiran dia aku nak buat surprise untuk dia.. aku nak buat bouquet sendiri dengan kek ini lah bukti aku menghargai kebaikan dia selama ini sanggup hidup susah senang dengan aku..”

“kalau nak senang boleh je beli dekat luar sana kan tapi ini tak sama la kan rasa kalau beli dengan buat sendiri”


Faris juga dikatakan tidak mempunyai banyak masa terluang sehinggakan dia terpaksa menggubah bouquet duit di office demi sahabat yang dikasihi dan di turut mengakui bahawa dia belajar menggubah melalui applikasi TikTok.

“walaupun kesuntukan masa aku tetap curi masa yang ada buat satu2 sampai ke office aku buat.. lepastu sabung kat rumah pulak, oh ya semua ni aku belajar dekat TikTok tau”

“terima lah hadiah tak seberapa daripada sahabat mu yang annoying ini.. selamat hari lahir sahabat dunia akhirat ku.. semoga yang baik2 kamu terima.. semoga sihat selalu dan dipermudah tiap-tiap urusanmu” tulisnya menerusi kapsyen di dalam video tersebut.

Video yang tular di TikTok:

@farism4n TANDA BUKTI AKU MENGHARGAI KAU WAHAI SAHABAT YANG KU SAYANG 🥺 tolong tag kan dia guys dekat komen 👉🏻@r4fhanah #fyp #fypage ♬ bunyi asal – ig – farism4n

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 991.8K tontonan, 107.0K tanda suka, 4698 komen dan2741 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen dapat meihat keikhlasan mereka dalam persahabatan.

Ada juga netizen menyifatkan bahawa Faris dan Hana menyimpan perasaan suka tanpa disedari.

Berikut antara komen netizen:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.