Kehilangan orang yang tersayang dalam kehidupan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi.
Setiap kenangan dan momen bersama pasti sentiasa bermain di fikiran setiap masa.
Itulah yang dilalui penyanyi Bunga Citra Lestari setelah lebih 5 bulan kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.
Namun begitu, Bunga kelihatan tetap terus tabah menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.
Baru-baru ini, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada berkongsi beberapa keping foto arwah suaminya, Ashraf Sinclair bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
“Hey You, I miss you.. Each and everyday..”
Difahamkan, perkongsian Bunga tersebut bersempena perkenalan bersama arwah Ashraf yang ke-12 tahun.
Pada masa yang sama, rata-rata peminat mendoakan agar Bunga terus tabah mengharungi ujian hidup.
Terdahulu, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aiden Sinclair, 10 tahun.
Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.