Connect with us

Viral

13 Tahun Berkhidmat Sebagai Pramugari, Takdir Akhirnya Bawa Wanita Ini Jual Ayam Di Kampung

Rezeki halal sememangnya ada dimana-mana sahaja, cuma kita sahaja yang perlu berusaha dan tidak terlalu memilih kerja. Bak kata orang, dimana ada kemuhan di situ ada jalannya.
Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi jalan hidupnya setelah berkhidmat di awan biru selama hampir 13 tahun bersama Malaysia Airlines (MAS) mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Nurhafaniza Yusuf atau lebih senang disapa sebagai Niza mengakui hidupnya seolah-olah berada di penghujung jalan apabila dia diberhentikan dari syarikat penerbangan nasional itu.

Niza bersama 6,000 lagi kakitangan MAS menerima nasib yang serupa pada tahun 2016 susulan pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan tersebut.

“Saya percaya setiap apa yang berlaku tu mesti ada hikmahnya, masa kejadian tu pun mak saya sakit, strok ringan. Jadi saya buat keputusan untuk pulang ke kampung halaman.”

“Mak saya berniaga ayam proses dah 30 tahun lebih di Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Selepas saya diberhentikan dari MAS, saya ambil alih perniagaan mak.”


“Dulu mak risau sangat siapa nak ambil alih perniagaan bila dia dah tak larat, sebab adik-beradik saya ada tiga orang dan semua ada kerjaya masing-masing.”

“Seperti yang saya cakap, kita lihat dari sudut positif, ini adalah peluang saya untuk sambung legasi mak. Apa untung yang saya dapat semua saya akan kongsikan dengan mak,” kata Niza.”

Meskipun kini memikul tugas untuk memproses ayam di pasar basah, nostalgia berkerjaya di awan biru tetap disimpan rapi dalam memori Niza.

“Bila jadi pramugari ni saya dapat jumpa ramai very-important-person (VIP) dan artis. Selain itu, perlu diingat apabila kita terikat dengan pakaian seragam, disiplin kita juga kena jaga.”

“Jujur saya cakap banyak pengajaran yang saya peroleh masa jadi pramugari. Dan ilmu-ilmu ini masih bermanfaat walaupun saya dah ‘cuci tangan’ dan kini berada di dunia luar.”

“Contohnya kita punya budi, adab, manners dan percakapan. Semua ini kita boleh belajar sendiri dalam tempoh berkhidmat sebagai pramugari.”

“Sampai sekarang saya masih apply perkara ini dalam perniagaan saya di pasar. Cara nak bercakap dengan pelanggan, eye contact, body language dan penampilan diri yang kemas,” kata Niza yang berkhidmat bersama MAS sejak 2004.

Menurut Niza, walaupun tanggungjawabnya di pasar sering dianggap renyah dan tidak selesa, mekap ringan dan gincu tetap menjadi satu kemestian untuk dirinya.

“Benda ni (mekap) dah jadi sebahagian daripada diri saya sebagai bekas pramugari, saya akan sentiasa pastikan diri saya presentable.”

“Bukan sahaja untuk orang lain, tapi agar kita lebih menghargai diri kita,” ujar Niza yang merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan.

Niza berkata ‘penghijrahan’ hidupnya daripada seorang pramugari kepada penjual ayam menerima reaksi yang baik orang sekeliling.

“Mereka pun faham yang hidup harus diteruskan. Kawan-kawan dan ahli keluarga semua faham. Mereka sebelum ni pun dah kerap nampak saya dekat pasar. Suami pun selalu ada dengan saya tolong.”

“Saya kalau ada masa lapang memang akan selalu turun tolong mak berniaga ayam. Benda ni tak ada la shocking untuk mereka,” kata Niza yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata.”

Niza sempat berkongsi kelebihan menjadi pramugari, termasuklah perjalanannya ke serata dunia yang dapat membuka pandangan dan meluaskan pengalaman.


“Kebanyakan negara yang route MAS buat semua saya dah pergi. London, Amsterdam, Paris, Zurich, Buenos Aires, Cape Town semua Alhamdulillah saya dah jejak.”

“Setiap kali pramugari pergi ke mana-mana destinasi, terutamanya overseas, kami akan diberikan masa berehat sekurang-kurangnya 24 jam di negara itu sebelum boleh memulakan penerbangan pulang ke tanah air.”

“Selalunya masa berehat akan lebih dari 24 jam, mungkin dua hari macam tu. Jadi dalam masa berehat tu, kami boleh la pergi melawat pusat bandar dan membeli ole-ole.”

“Rindu tu mesti la rindu, syukur saya dah dapat merasa semuanya. Sampai sekarang saya masih keep-in-touch dengan rakan seperjuangan yang pernah jadi flight attendant suatu masa dahulu,” kata Niza mengimbau kenangan.

Niza menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana untuk tidak berputus asa walaupun hidup mungkin dirasakan sebegitu sukar.

“Bagi sesiapa yang tak ada kerja atau diberhentikan dan tak tahu macam mana nak mula semula, saya boleh cakap yang kita tak perlukan apa-apa modal pun untuk restart.”

“Apa yang kita perlukan sebagai modal hanyalah tindakan kita. Itu yang paling penting. Platform media sosial pun sentiasa tersedia untuk kita memulakan perniagaan, contohnya TikTok Shop.”

“Macam untuk saya, selain berniaga ayam di pasar waktu pagi, saya ada jual kerepek-kerepek untuk bulan puasa dan popcorn di media sosial. Ini semua pendapatan sampingan saya, demi menyara hidup,” kata Niza mengakhiri bicara.”

Continue Reading
Advertisement