Connect with us

Keluarga

“Maafkan mommy!” Ibu Tak Sedar Bayi 14 Hari Hisap Susu Badan Kosong, Terpaksa Dimasukkan NICU

Hati ibu Mana yang sanggup melihat anak yang 9 bulan dikandungkannya sakit. Namun, segelintir ibu yang pertama kali mempunyai anak pasti akan mengalami pengalaman yang berbeza.

Itulah yang dialami oleh pasangan suami isteri yang hampir sahaja kehilangan anak pertama mereka.

Menerusi pengkongsian Puan Nor Azierah yang baru pertama kali melahirkan anak, beliau mendapati bahawa anaknya Maryam Safira hanya menghisap susu badan kosong sahaja selama dua minggu.

Puan Nor Azierah mula menyadari perkara itu apabila berat badan anaknya menurun dan anaknya memberi tanda.

Berikut adalah gambar yang dikongsikan oleh Puan Nor Azierah selepas 14 hari anaknya dilahirkan dengan berat 2.5kg.

Beliau berkata dia berasa hairan kerana berat anaknya tidak berubah pada hari ke 10, berat anaknya masih 2.5 kg sahaja manakala semasa hari ke 6 berat anakanya adalah 2.63 kg.

“Maryam sakit teruk umur 14hari..last update nurse dtg rmh check maryam hari jumaat,maryam masa tu umur 10hari.nurse timbang berat dia 2.5kg..

“Masa tu momy mula rasa pelik sbb maryam masa umur 6hari pergi daftar dkt kk 2.63kg..tp disebabkan nurse xda ckp apa2,momy igt tu prkara biasa(walaupun dlm hati rasa mcm xsedap)..

“Lgpun masa discharged hospital berat maryam nurse sana rekod 2.5kg..sedangkan hari kedua maryam lahir momy ada tanya doktor anak sy brp kg,doktor jwb 2.5kg..

“Masa discharge momy rasa pelik knp dh 5hari lahir berat x berubah..inikan anak first,so momy kurang alert sikit,igtkn itu normal..”

Mula Menangis tanpa henti

Beberapa hari selepas itu, Maryam jatuh sakit dan tidak mahu menyusu. Anaknya menangis tanpa henti sehingga membuatkan pernafasan anaknya berhenti seketika.

Beliau dan suami berasa cemas dan terus membawa anak mereka ke klinik berdekatan.

Katanya lagi, suhu badan anaknya tinggi, kulit badan berubah menjadi pucat dan kebiruan.

Lebih mengejutkan lagi apabila baju anaknya dibuka dan doktor mendapati dada Maryam tenggelam.

“Bila maryam tiba2 jatuh sakit,pagi tu dia xnak mnyusu menangis x berhenti & x brnafas sekejab pstu smbung menangis balik..

“Momy betul2 buntu masa tu??..call cik abe mntak sruh balik kerja..tghari dia smpai n pergi rujuk klinik yg berdekatan..

“Sampai dkt sana nurse check suhu bdn maryam tinggi..terus bwk masuk maryam jmpa doktor..doktor terkejut tgok warna kulit bdn maryam..

“Time tu dah pucat biru..bila doktor bukak baju maryam,dia lg jd trkejut tgok dkt dada maryam tenggelam&itu bkn prkara yg normal..terus doktor pakaikan wayar oksigen..

“Seriusly demi allah momy & papa lansung xperasan dgn perubahan bdn maryam..dimata momy n papa maryam nmpk mcm ok..tp lps papa snap gambar maryam masa tu lah baru kami nampak rupa maryam yg sebenar..

“Astarfirallah al azim, mgkin syaitan mengaburi mata momy&papa,maafkn momy maryam.”

Maryam terus dipakaikan wayar oksigen untuk membantunya bernafas dan segera dikejarkan ke hospital.

Puan Nor Azierah berkata, doktor telah mengesahkan anak Maryam Safira mengalami Dehydration dan dimasukkan ke NICU.

Naik ambulans bayi dikejarkan ke bahagian kecemasan

“Sampai kat sana doktor mula syak sesuatu bila doktor tnya brp berat maryam masa lahir.. momy jwb 2.5kg..

“Tapi doktor tetap x puas hati sbb berat baru timbang 2kg &tgok gmbar maryam masa baru lahir gemuk,xkn turun 500gm dgn keadaan maryam dh terlalu kritikal..

“Bila doktor check dlm rekod rupa2nya berat lahir maryam 3.045kg?..rupa2nya masa maryam discharged dari hospital maryam dah hilang berat 500gm.so total lost weight 1kg?..

“Masa tu doktor mcm terkilan dgn kerja acuh x acuh dari department tu..sbb momy bgthu doktor,lgpun maryam sebelum ni aktif jer.dia mnyusu badan mcm biasa,lama dia hisap pastu dia tido..

“Kencing berak pun semua ok maryam baik sgt..masa dkt wad momy pnh ckp kt nurse,susu sy mcm xda baby asyik menangis jer..tp nurse ckp anak first mmg mcm tu..xpa teruskan bg susu bdn..

“Masa tu momy mmg kena brainwash..wajib tetap bg susu bdn jer..kita yg xda pengalaman ni,just ikut jerlah..

“Sampai tetiba hari ke14 maryam xnk mnyusu menangis no stop..sampaikan momy hampir nk meroyan masa tu,lgpun berpantang sorg diri?..

“Rupa2nya maryam selama ni menyusu bdn momy cuma kosong,14hari maryam menahan lapar dahaga & maryam anak yg sgt baik..hari ke14 dah smpai limit baru maryam bg tanda..

“Betapa momy betul2 down masa tu,rasa bersalah yg amat sgt..doa xprnah putus jgnlh diambil nyawa anakku?..

“Doktor sahkan maryam dehydration n terus emergency masuk nicu untuk selamatkan nyawa maryam..ulang alik momy tiap2 hari dtg tgok maryam,mmg sayu sgt hati masa tu..dgn penuh wayar&jarum kt bdn maryam..

“Air mata no stop berlinangan,mgharapkan berita yg baik dari doktor..masa tu mmg momy byk diamkan diri, xberckp dgn sesiapa pun.emosi mmg down sgt,cuma ada last baju yg maryam pkai momy peluk cium buat teman smpai tertido dgn air mata..

“Mak kt kg,sedara mara mula bertanya..tp papa yg tolong jwbkn semua..”

Lepasi tahap kritikal

Beliau turut berkongsi, pada hari ke 3 Maryam di NICU keadaanya anaknya mula stabil walaupun kedua kaki dan tangan Maryam masih dengan jarum drip.

Pada hari ke 4 anaknya dipindahkan di wad SCN.

Puan Nor Azierah melepaskan nafas lega dan bersyukur pada Allah SWT apabila mendapai anaknya telah melepasi tahap kritikal.

Namun masih dalam jagaan dan dipantau oleh doktor dan nurse.

Permata hati Momy Papa


Menerusi Perkongsiannya yang terbaharu, beliau berkata permata hatinya dan suami iaitu Maryam Safira semakin sihat dan tembam.

“Gambar first gambar maryam yg terkini, alhamdulillah maryam makin sihat & makin tembam..semoga anak momy akn terus membesar dgn sihat?..

“Pada ibu2 di luar sana yg tiada susu bdn..jgnlh jd mcm sy,nasib baik maryam sempat diselamatkan..

“Semoga kisah sy mnjdi iktibar pd ibu2 dan ini juga mnjdi pengajaran buat diri sy sendiri yg hampir2 kehilangan permata hati momy & papa,maryam syafira..”

Beliau turut memberi nasihat untuk para ibu diluar sana untuk sentiasa peka dengan tumbesaran anak anak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.