Seperti yang kita tahu, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan bersama adik beradik pasti akan timbul sesuatu isu sehinggakan berbalah antara sesama sendiri.
Walau bagaimanapun, hendaklah kita tidak berpaling muka antara satu sama lain dalam tempoh yang lama kerana bak kata pepatah ‘air yang dicincang tidak akan putus’.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana 15 orang adik beradik kini bersatu kembali telah membuatkan orang ramai tersentuh hati.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @intanorumira itu, kelihatan kesemua adik beradik itu berkumpul erat antara satu sama lain dan dapat dilihat semuanya berada dalam keadaan sebak.
Difahamkan bukannya mereka tidak mahu berbaik, akan tetapi perasaan malu yang menebal membuatkan masing-masing berasa malu untuk memulakan perbualan semula dan memilih untuk mendiamkan diri sendiri tanpa menyelesaikan isu perbalahan yang telah berlaku suatu ketika dahulu.
Dan menerusi video yang tular inilah dapat kita lihat ‘perdamaian’ itulah satu-satunya jalan untuk mengeratkan kembali hubungan antara adik beradik yang sudah lama tidak bertegur sapa.
Pertemuan untuk perdamaian itu bermula dengan perasaan sangat sebak apabila bermulanya sesi suap menyuap makanan antara satu sama lain.
Air mata mula mengalir menandakan bahawa mereka sebenarnya rindukan hubungan mereka yang sudah lama menjauh.
Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengucapkan syukur kerana akhirnya hubungan yang keruh kini sudah kembali erat semula.
Ada juga yang turut meluahkan rasa sebak apabila melihat situasi yang menyayatkan hati itu.
Antara komen netizen:
“Alhamdulillah..sy puji family ni. memperbaiki kerosakan bukan jd batu api lg yg memudaratkan lg hbgn silaturrahim”
“Sama macam keluarga sy,adik bradik ibu sy.tahun ni baru berbaik.Allahuakbar 17tahun tak bertegur sapa.alhamdulillah.sebaknye tgok dorg berpeluk tu 🥺”
Video TikTok yang tular:
@intanorumira
Sebelum sesi pujuk memujuk..masing2 ada ego masing2..masing2 ada masalah tersendiri hanya mereka yang tahu isi hati sendiri..dengan majlis ni kami dapat berkumpul beramai2..dan menyatukn kembali hubungan abah dgn adiknye..ALHAMDULILAH.😭😭
♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama