Suatu ketika dahulu, lagu ‘Wassini’ yang dinyanyikan oleh Waheeda ini pernah menjadi fenomena dalam dunia hiburan sekitar tahun 2000-an. Malah dia juga telah memenangi anugerah festival muzik Voice of Asia 2004 dalam tempat ketiga.
Umum mengetahui, selepas mendirikan rumah tangga Waheeda mengambil keputusan untuk bersara dalam bidang nyanyian.
Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab ini juga sudah hampir 15 tahun tidak muncul di platform media sosial mahupun kaca TV.
Pun begitu, baru-baru ini isteri kepada pendakwah bebas Akhil Hayy telah mencuri perhatian ramai apabila muncul dalam sebuah video yang dimuat naik oleh kelab peminat Bienda di laman TikTok.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh @biendalovers ini, memaparkan Waheeda dan Bienda saling berpelukan mesra. Mungkin ada yang tidak tahu, mereka berdua pernah popular di era yang sama malah Bienda juga dikatakan mempunyai persamaan dengan Waheeda kerana memperjuangkan irama muzik yang serupa.
Difahamkan, kedua-kedua penyanyi ini bakal bekerjasama untuk satu projek yang akan datang tahun hadapan namun masih tiada lagi berita rasmi oleh mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa rindu dan teruja apabila melihat perkembangan terbaharu tentang Waheeda yang sudah sekian lama tidak muncul. Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan kagum dengan perubahan penyanyi itu kerana masih istiqomah dalam menutup aurat.
Malah mereka turut memuji penampilan kedua-dua figura ini kerana sangat cantik dan manis serta mendoakan agar persahabatan mereka hingga ke Jannah.
Antara komen warga maya:
“lawa sangat…tak lapuk dek zaman…tak berubah sikit pun walaupun dah bertahun anggun berpurdah…”
“dah macam adik beradik dah kak waheeda dan kak bienda ni…semoga persahabatan kalian berkekalan sampai ke Jannah…”
“assalamualaikum…salam maulidur rasul walau pun lambat tapi saya suka tengok Bienda dan waheeda…”
“lamanya tak tengok waheeda…suka lah tengok dia dulu…sweet sangat..my idola…”
“ya Allah rindu Waheeda…tambah-tambah dulu membesar zaman dia kerap berlakon cerita kelakar-kelakar tu…”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: