Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Benar kata orang, tiada siapa yang dapat memutuskan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya bahkan kasih ibu membawa sehingga ke syurga.
Tidak ada seorang pun yang mahu berpisah dengan ibu sendiri namun tiada siapa yang mampu menolak takdir.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda tekad untuk mencari ibunya yang sudah lama terpisah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kingdomcreatorsquad, difahamkan dia terpisah dengan ibunya hampir 16 tahun dimana dia mempunyai masalah keluarga dan dibawa lari oleh ayahnya tanpa pengetahuan ibunya.
Ibunya juga mengakui sejak dia tahu anaknya tiada, dia mencari dimerata tempat namun tidak dijumpai.
Dapat kita lihat, lelaki ini bertanyakan kepada jiran tentang ibunya. Dalam heningnya malam, dia melihat sosok seorang perempuan dan tanpa dia sedari itu adalah ibunya sendiri bahkan mereka berpelukan kerana terlalu merindui antara satu sama yang lain.
Bercerita lanjut, pemuda ini turut mengakui dia tekad mencari ibunya bukan kerana ayahnya sudah tidak menyayanginya, namun dia mencari ibunya kerana dia merasa ada ssuatu yang tidak lengkap dalam hidupnya.
Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
“16 tahun lamanya bukan waktu yang singkat untuk bisa merasakan pelukan hangat kembali seorang ibu kandung yang telah melahirkan aku dari rahimnya” kata pemuda ini.
Dia juga memilih untuk terus tinggal bersama ibunya dan akui rumah ibunya hanya biasa-biasa ahaja namun dia tidak kisah dan mengakui kebahagiaan sebenarnya adalah ibunya.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 67.3M tontonan, 6.8M tanda suka, 132.0K komen dan 69.9K perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat pertemuan dua hati ibu dan anak yang sudah lama tidak bersua muka.
Berikut merupakan komen warga maya:
Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.