Connect with us

Kesihatan

2 Bahan Saja Hilangkan ‘Dark Circle’ Bawah Mata, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

Dark circle ataupun eye bag yang berwarna gelap sudah menjadi masalah biasa bagi kebanyakan orang terutamanya wanita.

Lebih-lebih lagi jika anda berkulit putih atau cerah, memang menyerlah nampak dark circle.

Jika anda sudah mencuba pelbagai produk tetapi masih tidak berkesan, mungkin anda boleh cuba cara yang digunakan oleh wanita ini.

Di dalam satu perkongsian di Faacebook, Puan Aisyah Badar Bajrai telah berkongsi tentang kebaikan 2 jenis bahan untuk menghilangkan dar circle.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

_____

Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni.

Memacam petua Aisyah dah try tuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, Aisyah pakai timun.

Orang cakap pakai kentang, Aisyah pakai kentang. Tapi dark circle Aisyah ni liat naa, still tak kurang sampai la Aisyah jumpe satu petua ni.

Jeng jeng jeng.

Ingat tak semalam Aisyah cakap aloe vera ni boleh buat macam-macam. Yess, sila lah percaya. Aloe vera ni sebenarnya bahan utama untuk banyak petua kulit.

Aisyah dah try memacam petua tuk hilangkan dark circle, and serum ni masuk dalam carta top 2 paling best. Yang buat dia double best, dia guna 2 bahan jek. Memang simple sangat.

———————————————————————

Ok, jom tengok bahan and cara buat serum ni

  • 2 sudu besar gel aloe vera
  • 2 kapsul minyak vitamin E

Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minysk tu dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi kaler putih macam dalam gambar tu tau.

Cara pakai serum ni senang jek. Korang amik calit sikit kat jari pastu sapu lembut-lembut kat bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan jek.

Tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.

Tapi kalau dark circle korang kategori nazak sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.

Jangan lupa tag kengkawan korang yang ada mata panda tau. Mana tau petua ni berkesan tuk dorang.

Next time Aisyah share satu tepung magic yang boleh buat kulit kita glowing plus cerah. Ni memang proven okey. Jadi jangan lupe follow Aisyah Badar Bajrai rapat-rapat tau.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.