Connect with us

Keluarga

“2 Hari Sekali Aku Cuci Kain, 2 Minggu Sekali Aku Akan Cuci Tandas” Wife Buat Apa? Baca Ini.

Membina rumah tangga bahagia tidak mudah seperti yang disangka. Keserasian, sifat bantu membantu antara satu sama lain dan komunikasi yang baik antara kunci utama kebahagian rumah tangga.

Pelbagai anggapan kerja rumah adalah tugas isteri merupakan satu pemikiran yang tidak benar. Semua orang dalam institusi keluarga perlu bantu membantu walaupun anak-anak masih kecil.

Memupuk dan mengajar anak-anak melakukan kerja rumah bukan suatu yang salah malah ia merupakan satu pembelajaran yang bagus untuk masa hadapan samada anak lelaki dan perempuan.

Perempuan harus pandai memasak, mengemas rumah merupakan satu pemikiran yang lapuk. Anak lelaki perlu diajar menolong ibu didapur, bersama-sama ayah mengemas halaman rumah.

Suami juga memainkan peranan, mereka bukanlah raja tetapi suamilah yang bijak perlu membahagikan kerja rumah bagi setiap ahli keluarga.

Satu perkongsian dilaman sosial Twitter telah tular yang dikongsi oleh Iffatsalleh@iffatsalleh mengenai serba sedikit berkisarkan rumah tangganya.

Di awal pembacaan, sedikit kekeliruan hadir apabila dilihat seperti si suami sahaja melakukan kerja rumah, Baca ini apa yang isteri pula lakukan untuk mereka sekeluarga.

Setiap 2 hari, aku akan cuci kain.

Setiap 2 minggu, aku akan cuci tandas sehingga bersih.

Setiap petang aku main dengan anak-anak.

Apa wife aku buat?

Baca ni.

 

Sejak sebelum kahwin, masa study dulu, aku buat semua tu sendiri.

Iron baju
Basuh baju
Cuci tandas
Hampir kerja rumah, aku buat sendiri.

Kenapa lepas kawen, aku kena serah tugas?

 

Beliau yang sudah terbiasa melakukan kerja-kerja rumah masih melakukan rutin berkenaan selepas berkahwin.

Dah kahwin pun, aku buat semua tu sendiri. Bila wife nak buat, aku cakap

“Kalau nak tolong, nanti jangan komplen sakit pinggang sakit lutut ye”

Tapi selalunya memang lepas dia tolong, malamnya aku kena urut hahaha

 

Perjalanan beliau selepas mendapat cahaya mata.

Lepas dapat anak, aku masih buat semua kerja.

Kalau aku terlalu penat, tertidur. Baru wife yang buat kerja tu.

Rasa bersalah bila dia yang buatkan kerja-kerja tu. Entah kenapa.
Mungkin sebab dia dah lahirkan anak-anak, jaga diorang setiap hari.

Beban tugas sebagai suri rumah pun berat tau, jangan memain. Wife pernah menangis depan aku beberapa kali sambil cakap

“Penat tau tak”

Kesian betul

 

Komunikasi yang baik amat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

Setiap kali dia marah anak (tak kemas mainan atau bergaduh), aku akan pujuk

“Kita nak marah, niat untuk mengajar. Jangan untuk lepas geram. Kesian kat anak-anak”

Kemudian dia nanges. Alololo~

Back to the point, kenapa aku buat semua kerja rumah?

Sebab aku ada 2 anak lelaki. Aku kena tunjuk kat diorang bahawa kerja rumah tu lelaki yang kena buat.

Tak semestinya perempuan yang buat.

 

“Dont tell, show!”

Dan dua budak comey tu memang menolong aku.

Tolong sapu sampah
Tolong masukkan baju dalam mesin
Tolong jemur
Tolong angkat
Tolong lipat baju

So aku didik siap-siap melalui teladan. Bak kata orang tua-tua

“Dont tell, show!”

 

Rata-rata netizen memuji dan meninggalkan komen yang baik kerana dalam perkahwinan komitmen adalah untuk semua dalam keluarga.

Bagi anda yang bakal mendirikan rumah tangga, bersiap sedialah dengan komitmen yang menanti anda.

Kehidupan perkahwinan suatu perjalanan yang menyeronokkan jika kedua-duanya berusaha dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pembaca.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.