Connect with us

Viral

[VIDEO] Solat Terawih 23 Rakaat Dalam Masa 6 Minit!

Beberapa hari lepas tular satu video solat terawih 23 rakaat yang dilakukan dalam masa hanya 6 minit.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah pesantren di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, lapor Sindo News.

Rentetan daripada itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan menyiasat tentang perkara ini.

Menerusi satu kenyataan, MUI berkata akan meminta ustaz atau pemimpin agama memberi nasihat kepada mereka yang bertanggungjawab memimpin solat terbabit.

“Kami baru tahu, kami akan periksa nanti. Kerana struktur MUI mencapai tingkat peringkat daerah. Nanti kami akan berkoordinasi dengan MUI Kabupaten Indramayu,” kata Setiausaha Umum MUI Jawa Barat, Rafani Akhyar.

MUI bercadang untuk memberi nasihat dan pengajaran kepada ahli Kabupaten Indramayu, mereka juga akan berkongsi ilmu mengenai solat terawih yang dilakukan dengan pantas adalah tidak betul.

Selain itu, MUI juga akan mengajar mereka bahawa solat terawih adalah 20 rakaat dan tiga rakaat lagi adalah solat witir.

Mui menambah bahawa mereka berharap agar isu ini menjadi tanggungjawab bersama. Ia turut berharap agar para ustaz atau ulama di kawasan terbabit dapat turut serta menasihatkan agar solat terawih diadakan dengan baik.

“Kami juga selalu mengingatkan orang ramai bahawa ketika kita melakukan solat tarawih atau puasa, itu [mesti] dilakukan dengan ikhlas. Sehingga ada pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil,” jelasnya.

“Salah satu syarat untuk solat adalah khusyu dan tumaninah. Sekarang anda dapat bayangkan 23 rakaat dalam lima atau enam minit, dari mana ia boleh dilakukan secara khusyuk atau tumaninah. Tumaninah bermaksud semua rukun solat dapat dilaksanakan,” kata Rafani Akhyar.

Terdahulu, jemaah di masjid yang sama pernah viral dengan video melaksanakan solat terawih 23 rakaat dalam masa 7 minit pada tahun lepas.

Liputan6 melaporkan, solat terawih pantas itu sudah 10 tahun diadakan di Masjid Pesantren Alqur’aniyah di Desa Dukuhjati.

“Iya, kami memang setiap tahun di bulan Ramadan melaksanakan solat tarawih pantas,” kata seorang pemimpin masyarakat Desa Dukuhjati, Azun Mauzun.

Katanya, solat itu dikhaskan untuk pemuda di kampung berkenaan dan mereka biasanya melakukan 20 rakaat solat tarawih dan tiga rakaat solat witir.

Azun yang menjadi imam ketika solat sunat berkenaan memberitahu, solat tarawih pantas biasanya mengambil masa kira-kira tujuh minit.

“Kadang-kadang enam minit tetapi tidak kurang dari 10 minit,” jelasnya.

Katanya, sebelum ini golongan muda di kampung itu lebih gemar berkumpul di warung ketika waktu solat tarawih kerana malu untuk bersolat dengan penduduk lebih tua.

“Kami sering mengajak mereka ke masjid tetapi tidak mahu, jadi kami tawarkan solat tarawih pantas di satu ruangan khas di masjid.

“Alhamdulillah ia perlahan-lahan menarik minat golongan muda dan mereka juga bertadarus selepas bersolat,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.