Connect with us

Semasa

“3 bulan rasa macam 300 tahun” Remaja 17 Tahun BunuhDiri Tak Tahan Kena Duduk Rumah Waktu ‘Lockdown’

Seorang gadis ditemui mati di rumahnya dekat Sale beberapa hari selepas UK mengumumkan rakyatnya perlu duduk di rumah disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut The Sun, Beth Palmer, 17, bunuhdiri dipercayai akibat tidak tahan kerana perlu mengurungkan diri di rumah selain turut ‘overthinking’ tentang isu ini.

Bapanya berkata sebelum dia ditemui mati, Beth ada memberitahu keluarga tempoh 3 bulan duduk di rumah itu bagaikan 300 tahun buatnya.

Beth juga terlampau berfikir tentang apa akan jadi jika larangan keluar rumah itu akan kekal selamanya.

Beth sangat sedih dan kecewa tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan atau pergi ke kolej disebabkan perintah lockdown ini.

Memang saya tidak nafikan, perintah lockdown itu menjadi sebab utama kematian Beth.

Dia tak dapat pergi kolej, dia tak dapat keluar untuk berjumpa kawan-kawan. Dia rasakan tempoh 3 bulan itu seperti 300 tahun lamanya.”

Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang berita ini meluahkan rasa terkejut dan sedih mereka di media sosial. Bekas guru dari Sale High School juga sempat member ucapan mengenai kematian Beth.

Beth sememangnya seorang yang hebat dan sangat berbakat. Dia disayangi oleh semua orang yang mengenalinya.”

Beth terkenal di Instagram kerana sering muat naik video rakaman nyanyiannya dan sedang melanjutkan pengajian untuk menjadi vokal artis.


Ketika waktu pengebumian hanya keluarga yang dibenarkan terlibat disebabkan Covid-19 namun semua penduduk setempat yang mengenali Beth memberikan penghormatan terakhir mereka dengan berdiri di depan kawasan rumah keluarga Beth.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.