Penyebaran virus COVID-19 boleh berlaku dalam pelbagai cara, sebabitu pihak kesihatan selalu tekankan penjarakan sosial dan pemakaian yang sesuai.
Inilah yang terjadi kepada seorang gadis yang bernama Rachel Brummert, walaupun Rachel tidak pernah keluar dari rumahnya selama 3 minggu dijangkiti COVID-19.
Malah, selama 3 minggu tersebut, Rachel tidur berasingan dengan suaminya sepanjang musim wabak Covid-19 sebagai langkah berhati-hati.
Menurut laporan New York Post, gadis yang menetap di Charlotte, North Carolina, Amerika Syarikat ini penghidap penyakit autoimun, satu penyakit yang mudah terkena jangkitan itu sebablah dia betul-betul peka dalam mengkuarantinkan dirinya ini.
Walaupun sudah duduk rumah, tidur berasingan tetapi ‘malang tak berbau’ apabila Rachel masih terkena jangkitan Covid-19 dan dia disahkan positif kerana kerap online shopping.
Jangkitan kerana online shopping
Sama seperti rakyat Malaysia, sudah semestinya online shopping itu salah satu perkara yang mesti akan dilakukan semua orang di dunia untuk mendapatkan barangan yang sukar didapati semasa musim wabak ini.
Begitu juga dengan Rachel di mana boleh dikatakan setiap hari online shopping dan tanpa diduga, salah seorang yang menghantar parcel dekat dia itu positif COVID-19 tanpa diketahuinya.
Walaupun Rachel tidak menyentuh penghantar barangan itu secara langsung, namun dia menambil parcel tersebut tanpa sarung tangan.
Rachel ternyata terkejut dengan berita tersebut kerana menyangkakan dia sudah membuat persiapan rapi bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
“Selama ini saya fikir apa yang saya buat sudah cukup memberikan perlindungan dan betul saya tak pernah selesema teruk Tapi kali ni, teruk dia memang lain macam.”