Insiden yang melibatkan individu yang lupa menarik ‘hand brake’ kereta bukanlah satu isu yang asing lagi ekoran terdapat banyak kes kemalangan yang berpunca daripada brek tangan ini.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana , tiga pemuda berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka tenggelam dalam sebuah sungai.
Memetik laporan Mitra Post, kejadian tersebut berlaku di daerah Tanjung Senai, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia pada Ahad lalu.
Difahamkan, perkara itu terjadi apabila pemandu terlupa menarik brek tangan, membuatkan kereta yang diparkir di tepi jalan itu bergerak sehingga masuk ke dalam sungai yang berdekatan.
Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan susulan ketiga-tiga mangsa yang berada di dalam kereta itu sempat keluar dan menyelamatkan diri.
Bukan itu sahaja, malah dua orang penduduk yang melihat kejadian itu juga dipercayai terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan mereka.
Berikut merupakan video yang tular:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 806K tontonan, 42.8K tanda suka, dan 830 komen di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut ‘berderau darah’ melihat kejadian tersebut dan dalam masa yang sama bersyukur kerana ketiga-tiga mangsa sempat menyelamatkan diri dengan kelar daripada kereta tersebut.
Bukan itu sahaja, malah para netizen juga berterima kasih kepada orang yang berada di tempat kejadian kerana gigih ‘turun’ membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.
Warganet juga menyifatkan bahawa betapa pentingnya pengetahuan untuk berenang pada masa kini supaya dapat menyelematkan diri tatkala berlaku insiden yang sedemikian
Berikut merupakan komen warga maya:
“alhamdulilah semua selamat”
“yang penting selamat dulut, nanti baru fikir keretanya macam mana”
“pentingnya olahraga berenang”