Menjadi anak perantauan yang terpaksa berjauhan daripada ibu ayah tersayang bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi buat mereka yang memang rapat dengan keduanya.
Mujur pada zaman teknologi ini semuanya di hujung jari saja. Boleh jugalah mengubat rindu di hati melalui panggilan video mahupun panggilan suara.
Pun begitu, secanggih mana pun zaman beredar, berkomunikasi menerusi peranti pintar tidak setanding dengan bertentang mata.
Lebih kurang sama seperti yang dikongsikan oleh anak perantauan ini, Najmi Rosni di TikTok, mengundang rasa sedih ramai.
Menerusi rakaman oleh lelaki itu, dia ingin membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya memandangkan sudah 3 tahun bekerja di Mesir dan tidak pulang ke pangkuan mereka.
Pada mulanya, dia menyamar menjadi rider penghantaran yang ingin menyampaikan hadiah sempena hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.
Dia dilihat masuk ke rumah kemudian memberikan hadiah jambangan belon kepada ibu bapanya.
Najmi kemudiannya meminta mereka memberikan ucapan kepadanya yang konon masih berada di Mesir.
Yang membuatkan ramai sebak, sebaik saja dia membuka topi keledarnya sejurus si ibu membuat ucapan, ibunya terus meraung kerana terkejut anak yang dirindui kini ada di sampingnya.
Susulan tularnya video ini, kini jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 1.9 juta serta meraih sebanyak 234.9 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya sebak malah akui video lelaki ini berjaya menitiskan air mata mereka dek mengenangkan ibu masing-masing.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“sejauhmana kita pegi, sejahat mana pun kita kat dunia, kalah dengan 1 yang bernama ibu🥲😭”
“macam biasa seorang ayah akan pendam dia punya sedih tu☺️”
“bro ganti balik air mata aku sebab kau buat aku nangis…🥲”
“bang saya gangster tauu abgg knpaa abg buat saya yg gengster ni nngis 😭”
“part mak dia meraung tu, auto menangis 😭😭😭”
“Dalam banyak2 video surprise mak ayah, video abang deras air mata saya jatuh bang 😭”
Video yang tular di laman TikTok