Satu video yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang membuat kacau dengan melastik kereta yang sedang lalu di jalan raya serta merosakkan sebuah kedai menjadi tumpuan netizen.
Menerusi 3 video yang dikongsikan di laman Facebook itu, kesemua budak yang masih di bawah umur dilihat sangat bergembira dengan merosakkan harta orang lain.
Posting dari Aman Shah itu telah mendapat perhatian orang ramai.
“Video kelakuan sekumpulan anak muda menganggu ketenteraman awam sedang tular, perbuatan yang menganggu ketenteraman orang awam itu telah mengundang kemarahan Netizen.”
1) Video yang dikongsikan ini menunjukkan segelintir remaja sedang bersembunyi di bahu jalan sebelum melastik kereta yang sedang lalu diatas jalan.
2) Video ini pula menunjukkan salah seorang daripadanya sedang membuat keccoh di kedai orang, mereka sepahkan barang-barang kedai dan mengeluarkan kata-kata kessat.
3) Dalam video ini dilihat mereka semua baring di atas jalan raya biarpun ada kereta tengah lalu, Menurut sumber, aktiviti tak ada sivik ini bertempat di kawasan Anggerik, Kuala Lumpur.
Kalau kita nakal sesama sendiri tak kisahlah, tetapi ini sudah sampai menganncam keselamatan dan mengganggu ketenteraman awam itu sudah dikira melampau, mohon ambil tindakan!
Semoga kejadian seperti ini mendapat perhatian dari pihak berkuasa bagi mengelakkan mendatangkan mudarat kepada orang awam.