Connect with us

Viral

30 Minit Dihalang Double Park Tak Letak Nombor Telefon, Wanita Ini Marah Sampai Rasa Nak Nangis Kerana Banyak Hal Tergendala

Masalah parking kereta sudah jadi kebiasaan terutama penduduk dikawasan bandar. Kereta jiran parking depan pintu pagar atau double parking sememangnya satu perkara yang sangat menyakitkan hati apatah lagi jika kita memang ada emergency dan perlu menunggu mereka untuk mengalihkan kereta.

Kalau diletakkan nombor telefon untuk dihubungi tak apa, tapi bagaimana jika dia parking tanpa izin, tidak meninggalkan nombor telefon dan tidak menurunkan hand brake?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook iaitu Shahrudin MA Suhilee meluahkan rasa terkilannya apabila kereta isteri terhalang di kawasan parkir sebuah pusat perubatan gara-gara sikap pentingkan diri orang lain mencuri perhatian ramai.

“Sikap yg suka parking double terutama kawasan hospital yg padat, tolong la letak no phone jgn selfish sgt. Wife marah owner tu sampai nak nangis.. Sebab bnyk urusan tergendala, terutama nk ambil anak sekolah dan lain².

Difahamkan isterinya perlu menunggu selama 30 minit untuk mengeluarkan kereta dan segala urusan tergendala seperti menjemput anaknya pulang daripada sekolah.

“Nasib la wife yg hadap situasi ni, bole sabar sampai hampir 30 minit tunggu. Klu abam ni mau dah berkecai cermin tu memang mendapat lah, tak semua orang boleh tolak ansur dlm hal ni.

“Salah blok keta orang wei..tapi kena panjang akal untuk tak mudaratkan situasi”

Lelaki ini juga akui nasiblah perkara itu berlaku pada isterinya kerana isterinya mampu untuk bersabar namun jika situasi tersebut terjadi pada dirinya, mungkin boleh berlaku perkara yang tidak diingini.

Video yang tular di laman Facebook:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap masyarakat masa kini yang selamba menghalang kenderaan lain malah tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan individu selfish yang double park itu bernasib baik kerana dipertemukan dengan orang yang sabar malah ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman masing masing.

Berikut merupakan komen warga maya:

“dah buat salah.. boleh pulak lambat2 nak masuk kereta pun..”

“handbrake jangan tarik gear letak n, tu wajib buat bila double/block parking..”


“jenis manusia pentingkan diri”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.