Connect with us

Selebriti

“4 hari lagi Birthday kakak, bayangkan kesedihan Mama” Ibu Kongsi Detik Lahirkan Sandra Dianne

Pemergian seorang bintang dalam industri tanah air iaitu penyanyi Sandra Dianne nyata mengejutkan ramai.

Ulang tahun Sandra akan tiba empat hari lagi

Menurut Ibu kepada bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne, Nor Syakinah mengimbau kenangan melahirkan anak perempuannya itu.

Coretan sedih seorang ibu yang kehilangan anak tersayang turut meruntum jiwa apabila ulang tahun kelahiran Sandra akan tiba empat hari lagi.

Dia seorang anak yang baik

Menerusi laman sosial Facebook, Nor Syakinah berkongsi momen sewaktu melahirkan Sandra pada tanggal 16 September 1994.

“Dia seorang anak yang baik, sejak kecil tak pernah menyusahkan. Dari awal mengandung langsung takda tanda morning sickness, mengidam nak makan nasi, apa je nasi asalkan nasi tu di masak sedap-sedap”.

Sakit melahirkan Sandra pun tak lama

“Sakit melahirkan pun tak menyeksa mama lama-lama. Sakit contraction jam 1 pagi, jam 9 pagi register kat wad bersalin”.

Jam 11. 30 pagi dapat katil, baru nak naik tak sempat duduk air ketuban pecah, jerit kat misi, misi kelam kabut ambil wheel chair, berlari masuk labour room”.

 

View this post on Instagram

 

This is my superwomen💪 Hi mom! I love you! 😘😘 . . Makeup : @annawatiemakeupartist Event :Majlis Akad Nikah #fawaaxamirul

A post shared by Sandra Dianne (@sandradianneofficial) on

“Dua kali push je kakak dah selamat lahir ke dunia dengan nama ALESSANDRA DIANNE AMPURIA,” luah ibunya lagi.

Mama rindu suara kakak menyanyi di setiap penjuru rumah

Apa yang lebih memilukan apabila ibunya amat merindui suara Sandra yang menjadi penyeri dan penghibur ketika berada di dalam rumah.

“Jiwa mama masih diselubungi rasa duka yang mendalam, rindu pada suara kakak memanggil “Ma, mana Adam?”, “Esyaaaa, sayang kakak”, “Ayah mana?”, “Kamu sudah makankah?”.

11 September 2020, kakak pergi tinggalkan mama

“Apa yang paling dirindui selepas ini adalah suara kakak menyanyi-nyanyi di setiap penjuru rumah. Mama rindu”.

“Hari ini 11 September 2020 dinihari jam 1.00am kakak pergi tinggalkan mama” tulisnya.

“5 hari menjelang hari lahir kakak, bayangkan kesedihan mama melalui semua ini tanpa kakak di sisi”.

Mama tak sangka akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku

“Berat sungguh dugaan yang mama kena hadap hari ni kakak. Mama tak sangka mama akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku,” ujarnya lagi.

Terdahulu pada Jumaat, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1 pagi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada jam 5.45 petang.

Takziah kepada keluarga Sandra dan kami doakan keluarga tabah dan kuat dengan ujian ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.