Connect with us

Selebriti

“41kg? Cantiknya mommy!” Foto Terbaru Amyra Rosli Jadi Tumpuan Peminat

Pada hari Ahad yang lepas telah berlangsung acara Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Rata-rata penampilan selebriti yang hadir dengan menggayakan fesyen masing-masing menjadi bualan peminat.

Tidak ketinggalan, pelakon drama Nur 2, Amyra Rosli turut menjadi perhatian netizen apabila Myra memuat naik gambarnya di laman Instagram.

Ternyata peampilan Amyra yang sangat cantik dengan susuk tubuhnya yang langsing mendapat pujian para peminat.

 

View this post on Instagram

 

Mommy ♥️ . . Dress @rizmanruzaini . . Makeup @ahma_dani . . Hair @amyynadiaa . . #DareToBeFit #Amyramar #AME2019 #Juzfit

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Rata-rata peminat memuji kecantikan dan kelangsingan Amyra Rosli yang nampak sangat menyerlah pada malam itu.

Malah ada yang meminta tips kurus daripada Amyra Rosli memandangkan Myra sudah melahirkan anak tetapi masih mampu mengekalkan bentuk badan seperti anak dara.

Amyra Rosli seringkali menjadi tumpuan ramai apatah lagi sejak bergelar seorang ibu kepada cahaya mata pertamanya bersama Amar Baharin.

Memiliki tubuh badan ideal, ramai pula terkejut apabila Amyra memuat naik foto dirinya yang dikatakan gemuk.

Siapa kata Myra tak pernah gemuk..

Walaubagaimanapun, Amyra telah mendedahkan kepada netizen bahawa dia juga pernah mengalami masalah berat badan sehingga fotonya dimuat naik dengan menunjukkan kegemukannya pada masa dulu di Instagram dan telah menjadi tumpuan sehingga mendapat lebih 100 ribu likes.

Namun ramai netizen tidak menganggap berat badan Amyra sebelum ini itu adalah gemuk tetapi sekadar chubby bagi mereka.

Walau apa pun, kita perlu hormati pilihan dan cara hidup masing-masing.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.