Connect with us

Viral

“Dah lama peram,” Gelagat Suami ‘Rancak’ Membebel Sambil Lipat Baju Buat Netizen Terhibur

Kuat membebel adalah satu sikap yang selalu dikaitkan dengan wanita terutama kaum ibu. Memang sudah diakui ibu di seluruh dunia tidak kira apa bangsa sekalipun mempunyai sikap suka membebel.

Terkadang, kesalahan tersebut kecil sahaja namun dia punya bebelan soalah-olah suami atau anaknya baru lepas mencuri pasu bunga jiran sebelah! Dasyat betul!

Pun begitu, tidak dinafikan bahawa ada juga kaum lelaki yang memang suka membebel dan berleter ya! Siapa sangka rupa-rupanya lelaki punya berleter setanding leteran para ibu.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang suami ini ‘rancak’ membebel sambil tangannya melipat baju-baju.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @shadagonjeng, kelihatan seorang isteri sedang merakam suaminya yang sibuk melipat pakaian.

Namun apa yang melucukan adalah, si suami sempat membebel tanpa henti melihatkan perangai si isteri.

Malah dia sempat memerli isterinya yang hanya berdekah mendengarkan bebelannya itu.

Apa yang membuatkan orang ramai semakin terhibur adalah, dia juga siap membebel tentang perangai isterinya yang suka bermain telefon di mana dia sendiri tiada masa untuk melakukannya.

Video yang tular di laman TikTok:

@shadagonjengMcm besa stapa dah stat bg peluru kt aku 😂😂😂😂 jantan ni kalau perli aku cukup mau2♬ original sound – Shadagonjeng

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1Juta tontonan, 89.6K tanda suka, 3548 komen, 7826 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gekagat si suami yang ‘sakan’ memerli isteri dengan leteran ‘maut’.

Bukan itu sahaja, malah ada yang berseloroh turut sama terhibur melihat gayanya yang masih lagi meneruskan kerjanya itu walaupun sambil membebel.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Aku dah nampak nasib masa depan aku.”

“Berletiaq pun tangan tu jalan.”

“Ni dia dah lama peram. Sekali dia buka nah nanah telinga.”

“Hahahaha nak suami macam ni please.”


4

Jangan main-main dengan kaum lelaki ya, sekali dia berleter memang payah nak stop! hehehe

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.