Malaysia terdiri dengan pelbagai jenis bangsa, agama, kaum, adat dan tidak hairan lah jika terdapat pelbagai bahasa dan loghat yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.
Tidak dinafikan, setiap negeri mempunyai loghat masing-masing membuatkan kita terlihat unik dan loghat yang paling famous dan sukar difahami adalah loghat sabah, serawak, pantai timur dan juga negeri sembilan.
Kadang kalau pekat sangat loghatnya, kita pun garu kepala nak memahaminya!
Macam video yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda mengulas kemalangan yang berlaku depan matanya dengan menggunakan loghat Negeri Sembilan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amzarjohari90, dia berkongsi satu rakaman dashcam miliknya yang memaparkan sebuah motorsikal yang melanggar kereta Grab yang ingin menurunkan penumpang.
Namun apa yang menarik, Cara penyampaiannya yang bersahaja membuatkan warganet ‘tak kering gusi’ ketawa tanpa henti apabila rakaman video bermula sehinggalah tamat dimainkan.
Video yang tular di laman Twitter:
Meninjau ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat ‘accent’ nogori lelaki ini. Walaupun ianya dilakukan secara spontan dan bersahaja, video yang sepatutnya menjadi satu situasi tegang berubah menjadi video yang sangat melucukan.
Dalam masa yang sama, para netizen juga berang dengan sikap penunggang motorsikal tersebut yang dilihat tergopoh gapah menunggang motor dan selamba ‘wrong way’ sehingga melanggar kenderaan lain.
Berikut merupakan reaksi warga maya: