Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan penyeri di dalam hidup mereka.
Kalau tak dapat ramai, ada seorang anak pun jadi lah. Tapi rezeki setiap orang sudah ditentukan Tuhan berbeza-beza.
Ada yang baru kahwin sebulan terus lekat bunting pelamin. Ada juga yang sudah bertahun-tahu berusaha tapi masih tiada rezeki.
Jadi, untuk anda yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, semoga perkongsian daripada Intan Nur Elliana Zakaria ini dapat membantu dan menguatkan semangat untuk terus berusaha.
__________
“Masih ingat lagi tak satu video viral dulu…? Seorang isteri membuat kejutan pada suami tercinta dgn sebuah kotak berbentuk hati…ingat?
Dalam kereta… kejutan tu membuat sisuami berjujuran ayaq mata… ingat tak…?”
Syukur Alhamdulillah…hadiah kotak tu pun dah selamat berada dipangkuan suami isteri tersebut….
Lima tahun…. ya lima tahun penantian yg agak lama buat suami isteri yg sememang2nya yg dinanti selepas diijab kabulkan….
Jgn kata 5 tahun… setahun pun dah kira lama sgt…kan. Pada 27 September2018… lahirlah seorang Permaisuri pelengkap sebuah perkahwinan…
Nama permaisuri tersebut adalah
DELIMA NUR LAILASARI BTE MOHD SAFIY HAFIFI MOHAMAD.
Sangat….comel. Macam papa &mama dia… bulat. Dan….mama & anak telah pun selamat menjalani hari pantang selama 44hari… Alhamdulillah..
Kita sama2 doakan ya… semoga permaisuri hati Intan Nur Elliana Zakaria menjadi anak yg solehah…dan sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindunganNya…amin..
Disini Intan ada memberitahu mcm mn cara dia berusaha dan amalkan untuk dia dan suami boleh subur ya… cubalah ya cara intan ni. Mudah2an tahun depan boleh timang cahaya mata… in sya Allah…amin.
PERJALANAN RAWATAN KAMI UTK MENDAPATKAN CAHAYA MATA
Assalamualaikum
#pcosfighter #TTC5years
1. 2014 – DARI SEGI UBAT & SUPPLEMENTS
- Husband ambil makanan sunnah seperti kurma, delima, madu
- Saya ambil makanan sunnah juga
- pergi bermacam-macam rawatan batin (tapi tak menjadi)
2. 2015 – CHECK KESUBURAN DI HOSPITAL (HUSBAND & WIFE)
Macam kami buat di hospital swasta (caj dalam RM800, haha mahal gila), check di hospital government rasanya berganda-ganda murah, cuma hospital swasta ni setengah hari je da dapat tau result.
- Husband ada sperm issue
- Saya ada masalah PCOS (telur banyak tapi semua kecil & tak matang)
- Jadi kami dah kenalpasti masalah dari segi teori
3. 2017 – KURANGKAN BERAT BADAN & JAGA PEMAKANAN:
- Saya amalkan diet atkins (buang karbo & gula) selama 3 bulan, berat turun dari 95kg ke 80kg, lakukan senaman seperti jogging (tidak berat sangat)
- Husband ikut sikit-sikit je diet, hehe. Berat dari 112kg turun 110kg je. Bersenam sama-sama.
- Saya makan folic acids.
4. 2017 -AKHIR TAHUN BULAN 12- RAWATAN TRADISIONAL
- Husband buat rawatan urut saraf di Sg Besar, Selangor
- Saya buat sekali rawatan urut hamil di Melaka.. (bole add beliau di facebook Smiley Loly Lilley)
5. 2018- BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN
Selepas berjaya turunkan berat badan sebanyak 15kg dalam masa 3 bulan dan buat urutan di Melaka, Alhamdulillah awal tahun bulan January 2018 saya disahkan pregnant.
6. SEPTEMBER- ALHAMDULILLAH SAYA DAH SELAMAT MELAHIRKAN BABY GIRL YANG DIBERI NAMA DELIMA
Kami doakan anda semua berjaya mendapatkan zuriat juga.. Jangan mudah putus asa.. sokongan dan semangat pasangan masing-masing amat diperlukan ketika ini.. semoga usaha anda semua dipermudahkan.. InshaAllah, aminn ya rabbalalamin..
Doakan kami sekeluarga sihat ya.. InshaAllah.