Connect with us

Selebriti

5 Tahun Jaga Keselamatan Fattah & Fazura, Bodyguard Kongsi Kenangan Pahit Manis

Terdahulu, kecoh di platform media sosial apabila tular sebuah video jam tangan mewah yang digayakan oleh pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura itu didakwa berharga jutaan ringgit ketika acara sambutan hari lahir suaminya.

Iospital phone repair gombak

Walaupun segelintir daripada mereka memuji sikap Fazura yang merendah diri dan tidak menunjukkan kemewahannya namun ada juga yang mengatakan jam berkenaan hanya sekadar pinjaman. Oleh sebab itu, ada netizen yang mendakwa Fazura telah memasang pengawal peribadi untuk menjaga aksesori tersebut.

Memetik laporan NONA, pihak mereka telah menemu bual pengawal peribadi Fazura dan Fattah iaitu Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin atau lebih mesra dipanggil Shah ini untuk berkongsikan kisah pahit manis sepanjang berkerja bersama mereka.

Difahamkan, pada awalnya Shah ditawarkan menjadi ‘bodyguard’ Fattah Amin tetapi telah diminta untuk menjaga pasangan itu ketika acara Anugerah Bintang Popular pada tahun 2017. Sehingga kini, dia sudah 5 tahun berkhidmat sebagai pengawal peribadi mereka.

“Awal dahulu, saya ditawarkan untuk menjadi pengawal peribadi dari Fattah saja. Waktu itu Fattah di bawah satu pengurusan. Mereka meminta saya untuk menjaga Fattah untuk tempoh satu hari…”

“Tidak lama selepas itu, mereka meminta saya untuk menjaga kedua Fattah dan Fazura untuk acara ABP pada tahun 2017. Itulah kali pertama saya menjaga Fazura. Sehingga kini, dah 5 tahun saya menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini” katanya.

Walau bagaimanapun, lelaki ini telah menafikan dakwaan telah dibayar untuk mengawal keselematan Fazura yang meminjam aksesori mahal tersebut dan menyifatkan hal itu sangat kelakar.

“Baru-baru ini terbaca juga di media sosial mengatakan saya dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga keselamatan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. Perkara ini tidak betul dan sangat kelakar bagi saya..”

“Saya dibayar untuk menjaga keselamatan mereka. Sudah tentu tugas pertama saya adalah untuk memastikan kedua-dua mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat…”

“‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk keselamatan diri secara fizikal luaran tetapi saya juga kena pastikan mereka selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurangkan risiko dari penyakit wabak yang melanda satu dunia sekarang ini” ujarnya.

Tambahnya lagi, Shah mendedahkan pernah dikecam kerana tular sebuah video dimana dia telah menghalang peminat-peminat yang mahu menyerbu Fazura.

“Pernah dalam satu event, saya dikecam teruk di laman sosial saya, hanya disebabkan satu video yang menunjukkan saya menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar…”

“Tujuan utama saya pada waktu itu adalah atas dasar keselamatan Fazura, untuk mengurang risiko penyakit yang berjangkit. Tapi itulah. Tak semua orang faham dan tak semua orang boleh terima tuntutan kerjaya saya. Saya ok saja, janji bos (Fazura) saya happy!” jelasnya lagi.


Pun begitu, Shah mengatakan pasangan itu sangat baik terhadapnya dan momen yang paling manis sepanjang menjadi ‘bodyguard’ adalah ketika Fazura dan Fattah tidak pernah melupakan tentang isteri dan anaknya.

“Layanan mereka pada saya sangat baik. Kalau tidak, takkanlah dah masuk 5 tahun saya bersama dengan mereka. Mereka cukup baik bukan dengan saya saja, tapi dengan semua orang yang berkerja dengan mereka. Mereka punya baik hati sampaikan isteri dan anak saya pun mereka berdua tak pernah lupa…”

“Jika mereka pergi shopping, mesti Faz akan tanya “Isteri Shah suka warna apa ya, anak Shah suka toys apa ye”. Jadi setiap kali mereka bertanya soal itu, saya cuba untuk mengelak, maklumlah saya berkerja dan dibayar…”

“Malu juga dibuatnya. Jadi sekarang ini kalau mereka nak belikan apa apa untuk isteri atau anak saya, mereka dah tak tanya. Mereka terus beli saja dan berikan kepada saya” luahnya.

Continue Reading
Advertisement