Mana-mana pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan cahaya mata. Namun tak semua pasangan berhadapan dengan situasi mudah. Ada yang harus menunggu beberapa lama tahunnya untuk mendapat cahaya mata.
Hal ini lebih terkesan kepada kaum wanita kerana wanita yang mengandungkan anak. Isu keguguran memang suatu situasi yang amat sukar untuk diterima tetapi kita harus yakin akan perancangan Allah SWT.
Seorang wanita telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun sejak tahun 2016. Selama lima tahun jugalah mereka menunggu zuriat pertama mereka namun sering mengalami keguguran.
Wanita yang mengalami keguguran sebanyak lima kali ini telah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui apakah punca dirinya sering mengalami keguguran setiap kali mengandung.
Wanita bernama Farah Zira Bakar, 28 telah berkongsi serba sedikit tentang pengalamannya yang pernah membawa kandungan sehingga berusia enam bulan sebelum bayi kembarnya keguguran.
“Saya mendirikan rumah tangga pada 2016 dan setahun kemudian hamil sampai tiga bulan kemudian gugur, 2018 benda sama berlaku, dua bulan sahaja, doktor tak cakap apa-apa laqi masa tu semua okay, mungkin belum rezeki.”
“Tahun 2019 sekali lagi saya hamil sampai tiga bulan juga, 2020 kembar sampai umur enam bulan 15 hari dan terbaru tahun ni, dah empat bulan 11 hari.”
“Disebabkan selalu sangat gugur doktor buat rawatan susulan, dan masa tu saya sakit sangat dada dah tak tahan bila periksa masa tu dapat tau saya ada ketumbuhan pada kedua-dua belah payudara,” jelas Farah dari Sandakan, Sabah.
Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitu peribahasa yang sesuai digambarkan dengan situasi Farah apabila dia bukan sahaja disahkan mempunyai ketumbuhan pada payudara, tetapi dia juga mempunyai ketumbuhan baru di ovari.
“Beberapa minggu lepas saya jumpa doktor pakar dan mereka suspek saya ada kanser rahim.”
“Masa tu terus rasa down, rasa macam mati je la senang.. Tapi bila fikir balik Allah tu ada, mana mungkin dia bagi dugaan di luar kemampuan kita,” jelas Farah yang bakal menjalani pemeriksaan susulan pada 13 Disember nanti.
Farah seorang wanita yang kuat dan tabah. Walaupun sepatutnya dia berpantang dan berehat di rumah setelah mengalami keguguran pada bulan September yang lalu, namun dia memilih untuk terus bekerja.
“Kalau sendirian di rumah saya rasa macam nak buat benda tak elok. Macam-macam vibe negatif datang,” tambahnya yang menjawat pekerjaan sebagai eksekutif pemasaran.
Apabila diberitahu kepada suaminya tentang keadaan kesihatan Farah sekarang, suaminya juga tidak dapat mengawal emosi.
“Dia menangis… Dia menangis macam budak kecil, terkejut.”
“Kami niat nak balik Sabah 23 Disember ini nak bercuti kemudian balik semula 3 Januari tapi sebab dia tahu akak sakit dia ambil keputusan balik Sabah terus.”
“Saya buat keputusan untuk jalani pembedahan di Sabah sebab sekurang-kurangnya keluarga saya di sana, walaupun mak ayah dah tak ada, adik beradik semua ada,” katanya yang turut mengidap penyakit diabetes.
Video tular di laman Tiktok: