Connect with us

Makan

5 Tempat Makan Best Di Melaka Wajib Anda Singgah!

Melaka memang terkenal sebagai bandar pelancongan. Boleh dikatakan setiap hujung minggu bandaraya Melaka pasti akan sesak teruk dengan kebanjiran pelancaong dari dalam mahupun luar negara.

Terlalu banyak tempat menarik di Melaka dengan hot spot menarik menjadikan ia bandar tumpuan terutamanya warga kota Kuala Lumpur untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Jika anda adalah salah seorang daripada pengunjung bandar Melaka, ini adalah 5 tempat makan sedap best meletop top top wajib anda singgah untuk makan.

1. Roti Canai Kayu Arang

Okay kita mulakan senarai tempat makan sedap di melaka dengan sarapan pagi. Kalau anda sampai awal pagi di Melaka, pastikan anda singgah di kedai roti canai Kayu Arang ini.

Roti canai kayu arang adalah salah satu tempat makan best di Melaka pada waktu pagi kerana rotinya dibakar menggunakan arang. Ramai pelanggan yang mengatakan aroma dari dapur arang ini lebih sedap dan garing.

Oleh kerana kedai ni mempunyai ruang yang terhad dan sentiasa dipenuhi ramai orang, anda dicadangkan untuk datang awal pagi kalau tak mahu beratur panjang.

Waktu Operasi:  7:00 pagi ke 12:30 tengahari

Lokasi: Lot 459, Kampung Batu Mukim, Bachang

2. Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Dah lapar masa tengahari apa lagi nak cari kat Melaka kalau bukan asam pedas! Orang kata rugi la kalau datang tempat orang tak rasa makanan yang menjadi trademark.

Asam pedas claypot Kota Laksamana sememangnya telah terkenal dan sentiasa menjadi bualan penduduk negeri Melaka mahupun negeri lain. Kalau pergi Melaka ini memang tempat wajib datang makan!

Hidangan set nasi asam pedas datang bersama telur masin dan sayur kobis. Harga bagi setiap hidangan adalah berpatutan dan pasti anda akan datang lagi.

Waktu Operasi: 6pm-12am

Lokasi: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia

3. Nasi Beriani Haji Tamby

Kalau tekak anda tak boleh telan ikan ataupun memang dari lahir tak makan asam pedas, anda boleh cuba nasi beriani Haji Tamby. Restoran ini tersenarai sebagai salah satu daripada tempat makan menarik di Melaka kerana ia menawarkan konsep yang lain daripada yang lain.


Pengasasnya iaitu Muhammad Nazli Zainul Abidin tekad untuk memberikan lebih kepada masyarakat dengan menawarkan menu nasi beriani pada harga yang sangat berpatutan. Anda hanya perlu membayar harga lauksahaja! Ya, lauk sahaja.

Nasi beriani atau nasi putih, dalca dan acar akan diberikan secara percuma kepada semua pelanggan. Semoga tuhan merahmati pengasas nasi beriani Haji Tamby ini.

Waktu Operasi: 9:00 pagi ke 4:00 petang

Lokasi: Taman Pertam Jaya

4. Coconut Shake Klebang Original

Dah puas berjalan sampai ke petang di Melaka, anda boleh singgah di Coconut Shake Original Klebang. Tapi anda harus ingat, tempat ini sentiasa menjadi tumpuan penlancong di Melaka. Ramai orang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan coconut shake di sini.

Selain coconut shake, terdapat juga nasi lemak, meehoon dan kuih-muih. Harga bagi setiap coconut shake adalah sangat berpatutan siap dengan aiskrim vanilla.

Waktu Operasi: 12:30 tengahari ke 6:30 petang

Lokasi: Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya (berhampiran Caltex)

5. Roti Naan Pak Putra

Kedai Roti Naan Pak Putra ini telah dikunjungi oleh ramai pihak termasuk orang kenamaan, artis dan media massa untuk tempat makan best di Melaka . Kedai in terletak berhampiran dengan Asam Pedas Claypot Kota Laksamana.

Anda boleh makan sambil bersantai di sini dengan dihiburkan oleh kumpulan buskers.

Menu makanan yang menarik di sini ialah:

  • Roti naan cheese bawang
  • Roti naan double cheese
  • Ayam tandoori

Ayam tandoori di sini memang telah menjadi kegemaran penduduk di kawasan berdekatan. Rotinya yang lembut dengan cheese yang melimpah pasti membuatkan anda puas hati makan di sini.

Waktu Operasi: 5.30pm-1.00am

Lokasi: 56, Jalan Taman Kota Laksamana 1 & Jalan Taman Kota Laksamana 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca, Malaysia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.