Sebagai pendidik, sudah pasti dia ingin melihat setiap anak muridnya berjaya dalam mata pelajaran terutamanya dalam subjek yang diajar bahkan sanggup melakukan apa sahaja untuk anak didiknya cemerlang.
Ada juga dikalangan guru yang akan menyediakan hadiah buat anak muridnya yang berjaya melakukan tugasan yang diberi malah ianya sebagai pembakar semangat untuk pelajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan sehabis baik.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang murid dilihat sangat menghargai pemberian gurunya sehingga memanjat meja mencuri perhatian ramai.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat kita lihat seorang murid sedang menantikan hadiah dari gurunya di sebuah bilik guru.
Tidak lama kemudian, guru lelaki berkenaan mengeluarkan satu bungkusan dari dalam almari untuk diberikan kepada murid itu. Rupa-rupanya isi dalam plastik tersebut merupakan hadiah yang telah pun dijanjikan sebelum ini.
Difahamkan sebelum ini guru itu pernah berjanji untuk memberikan hadiah kereta kawalan jauh sekiranya budak tersebut pandai membaca.
Namun apa yang lebih menarik tumpuan ramai adalah budak lelaki tersebut kelihatan sangat teruja dan memanjat meja untuk memeluk gurunya tanda terima kasih atas pemberian itu.
“Its important to have strong bonding between you and kids” katanya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat usaha guru dalam mengajar anak didiknya sekaligus sebak melihat cara budak lelaki itu menghargai pemberian gurunya.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar guru tersebut dimurahkan rezeki dan budak lelaki itu cemerlang dalam pelajaran.
Antara komen warga maya:
“Tak tahu kenapa airmata saya meleleh.. sopan je naik meja nak hug..”
“Sebak pulak tengok.. pandai ucap terima kasih dengan bagi pelukan pada cikgu”
“Mesti cikgu layan anak2 ni dengan baik, boleh dilihat dengan cara anak2 ni..”
“Sebak tengok dia peluk.. sopan pulak tu budaknya..”
“Sayu tengok.. sampai ke tua dia akan ingat benda ni..”
“Terima kasih cikgu sebab membahagiakan budak tu..”
“Besar maknanya bagi budak tu.. budak2 lebih pandai dan jujur dalam menghargai”
Video yang tular di laman TikTok: