Tidak dapat dinafikan, kehadiran cahaya mata sama ada lelaki atau perempuan sememangnya ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri kerana ia merupakan rezeki dan pelengkap kasih sayang dalam sebuah keluarga.
Bagaimanapun, tidak semua pasangan dikurniakan cahaya mata selepas pernikahan bahkan ada juga yang terpaksa menanti kehadiran cahaya mata sehingga bertahun-tahun lamanya.
Terdahulu, pengasas kosmetik terkenal Noir Beauty, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu ini juga sering berkongsikan kisah rawatan IVF bersama peminat-peminatnya selepas beberapa kali menunda prosedur kesuburan tersebut kerana takut.
Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan berjuang menjalani rawatan persenyawaan in-vitro, kini Madammu telah menerima berita yang mengembirakan apabila telah disahkan hamil lima minggu.
Dalam pada masa yang sama, Madammu juga telah memuat naik beberapa perkongsian di platform media sosial yang menzahirkan rasa syukur apabila mendapat berita baik itu.
Menerusi hantaran video Madammu di laman TikTok ini memaparkan dia dan suami serta beberapa kenalannya yang berkunjung ke hospital untuk mengetahui keputusan rawatan berkenaan.
Di dalam video tersebut, terlihat mereka turut mengalirkan air mata dan sebak apabila mengetahui Madammu yang sudah hamil lima minggu.
“Alhamdulillah selepas 7 tahun penantian #ivf #ladyofnoirmalaysia #noir #5weekspregnant,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah buat Madammu dan suaminya Muhammad Azri Che Noh kerana penantian mereka selepas 7 tahun akhirnya dapat untuk memiliki zuriat. Malah ada juga yang meminta doa agar mereka juga bakal dikurniakan cahaya mata.
Antara komen warga maya:
“Congratulations Madammu Noir, i’m happy for you..cikma faham perasaan menunggu lama tu..semoga satu hari rezeki cikma jugak dapat zuriat..”
“Allah tiupkn malaikat kecil dlm rahim puan,Allah tarik malaikat kecil dalam rahim isteri saya. perancangan dan rahsia Allah tiada siapa tahu. tahniah..”
“Alhamdulillah. saya doakan untuk semua ibu ibu pejuang dua garis . yg saya pulak senang lekat.. sampai always kena jaga jaga…”
“Doa kan ivf saya berjaya untuk kali ke 2 nanti..saya nak jugak penantian selama 9 tahun ini berakhir..”
“semoga semua yang berkeinginan zuriat, allah tiupkan roh kedalam rahimnya..semoga urusan kalian dipermudahkan ya..”
Perkongsian yang tular di laman TikTok: