Connect with us

Semasa

[9FOTO] 3 Dari 4 Mayat Penuntut Politeknik Lemas Telah Dijumpai, Seorang Masih Hilang

Pada Jumaat yang lalu, 4 orang penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun dilaporkan telah lemas di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang tadi, semua mangsa ke pantai Teluk Bidara bersama dua lagi penuntut yang dilaporkan selamat.

Tiga dari empat mangsa yang hilang telah dijumpai lemas

Dilaporkan tiga dari empat orang mangsa keseluruhannya yang hilang telah dijumpai dan masih ada seorang lagi mangsa yang belum dijumpai.

Mayat Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, yang berasal dari Kuantan ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 12.10 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi telah mengesahkan berhubung dengan penemuan mayat terbabit.


Mayat dijumpai dalam jarak 10 kilometer dari tempat kejadian

Difahamkan, beliau mayat Mohamad Luqman ditemui dalam jarak 10 kilometer dari tempat kejadian sebelum dibawa naik ke pangkalan nelayan Kampung Seberang Pintasan.

“Mayat ketiga ditemui dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke pangkalan itu sebelum dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut”.

Keluarga berada ditempat kejadian untuk membuat pengesahan

“Mayat pertama, Zul Fahmi Zuki, 21, berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah, pada 7.30 pagi dalam jarak 8 kilometer dari lokasi kejadian”

“Diikuti mayat kedua, Muhamad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang berasal dari Kuala Terengganu ditemui pada 11.35 pagi dalam jarak sama, “katanya kepada Harian Metro.

Menurut abang kepada Mohamad Luqman, Mohamad Shafiq Mohamed Sabarudin, 29, berkata, dia mengesahkan mayat itu adalah adiknya.

Jenazah Mohamad Luqman akan dikebumikan di Raub

“Saya mengesahkan itu mayat adik saya kerana dia ada tanda lahir di bahagian pinggulnya serta seluar dipakainya itu adalah seluar saya”.

“Jenazah adik akan dikafan dan dimandikan di Bilik Forensik Hospital Dungun sebelum dikebumikan di kampung asal nenek kami di Kampung Panchor Kuala Dong, Raub,” katanya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.