Connect with us

#MalaysiaBaru

[9GAMBAR] “Siapa Yang Tak sakit Hati bila kita Pergi Menyelamat Tapi? Allahu..” Sahabat Luah Perasaan, Kongsi Gambar Kenangan

Anggota Bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan mennggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Pemergiannya amat mengejutkan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa agar anggota bomba ini terselamat walaupun masalah paru-parunya semakin krtikal sebelum ini.

Berita ini telah disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pada pagi esok sebagai penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Muhammad Adib telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN bagi pemantauan rapi.

Semua rakyat Malaysia meratapi pemergian Adib. Tidak ketinggalan sahabat Allahyarham, Azizul Asri juga turut meluahkan perasaan.

Al Fatihah Tenang lah kau di Sana Sahabat Muhammad Adib semua kenangan kita saya akan simpan sampai bila bila, Semua orang terasa atas pemergian Mu Semua Tanya Pasal Kau Semua Orang Post Pasal kau Semoga kau di tempatkan dalam kalangan Orang Beriman Sahabat , Siapa Yang Tak sakit Hati bila kita pergi Menyelamat Tapi? Allahu .

 

https://www.facebook.com/100000898567209/posts/2169298046443460/

Beliau juga berkongsi kenangan gambar bersama Allahyarham.


"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.