Connect with us

Semasa

[VIDEO]”Bijaklah Nanti Bila Dah Besar Ni”-Bapa Ainul Kongsi Perkembangan Terbaru Ainul.

Sebelum ini kita dikhabarkan dengan kepulangan adik Ainul ke Malaysia. Namun kepulangan adik Ainul Mardhiah terpaksa ditangguhkan atas nasihat dari Doktor yang merawat adik Ainul disana.

Menurut bapa Ahmad Safiuddin, adik Ainull telah diberi kebenaran untuk dibawa pulang namun ketika mahu berangkat pulang kesihatan adik Ainul sedikit terjejas dan menyebabkan kepulangan mereka terpaksa ditunda.

Alhamdulillah, ainul mardhiah seorang yang penuh kejutan. Doktor mahu ainul stay di sini untuk beberapa minggu lagi untuk rawatannya”.

“Sepatutnya ainul dibenarkan balik dalam minggu ini, tapi atas faktor kesihatannya yang sedikit terjejas beberapa hari lepas, ainul diminta untuk stay dan makan ubat”.

“Mungkin ada hikmahNya mengapa tidak jadi balik. Tapi jangan risau, ainul mardhiah telah lalui bermacam cabaran dalam hidupnya, kami suami isteri sangat yakin yang dia akan terus bersemangat”. 

Ujar bapanya lagi, atas nasihat Doktor yang merawat adik Ainul, mereka mahu Adik Ainul tinggal beberapa minggu lagi untuk memantau tahap kesihatannya.

Bapa adik Ainul dilihat sering berkongsi perkembangan adik Ainul untuk tatapan rakyat Malaysia. Menerusi video yang dikongsi adik Ainul dilihat semakin sehat dan cergas dari hari ke hari.

Terbaru satu video perkembangan adik Ainul dikongsi dan kelihatan adik Ainul mula bijak bermain bersama ayahnya walaupun masih berada dihospital.

Adik Ainul juga dilihat sudah mula memahami arahan yang diberikan oleh bapanya dan mula mengikut gerak geri bapanya ketika bermain.

“Bijak lah nanti bila dah besar ni. Semalam pun ainul dah tunjuk pegang-pegang kaki”. Video ini dikongsikan Ahmad Safiuddin dilaman sosial Facebooknya.

Diharap adik Ainul terus sihat dan cergas dari masa ke semasa dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Semoga adik Ainul sembuh dan pulang ke tanah air.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.