Hasil 5 Tahun Menyimpan, Nenek Pengutip Sampah Sedekah RM3ribu Untuk Qurban Tahun Ini
Jika kita merasa kehidupan menghimpit kita, kisah ini mampu menyedarkan kita dari lamunan itu.
Walaupun serba kekurangan nenek berusia ini sanggup mendermakan wangnya untuk kegembiraan orang lain.
Pengorbanan seorang warga emas yang berusia lebih dari 60 tahun ini membuatkan semua orang terkejut.
Ini merupakan kisah seorang warga emas bernama Sahnun yang menetap di Mataram Lombok Indonesia.
Selain itu, warga emas ini bekerja sebagai pemungut sampah setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.
Walaupun telah berusia lebih dari 60 tahun, beliau gigih bekerja mengutip botol-botol untuk dijual sejauh 3 kilometer.
Beliau yang sanggup berjalan sehingga 3 kilometer jika hasilnya pada hari itu tidak mencukupi.
Beliau yang gigih keluar mencari rezeki setiap hari sering menumpang tidur dan menyara kehidupan dengan menjual hasil kutipannya.
Apa yang menarik adalah beliau menyumbangkan wang sejumlah 10 juta Rupiah (~RM3,000) kepada masjid untuk ibadah korban menjelang Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
Menurut wakil dari Masjid berkenaan, dengan duit sumbangan dari nenek Sahnun bolehlah mereka membeli seekor lembu saiz sederhana untuk Qurban tahun ini.
Pihak masjid juga terkejut apabila menerima sumbangan dari nenek Sahnun yang merupakan satu jumlah wang yang banyak.
Mereka seakan tidak percaya nenek Sahnun begitu bermurah hati mendermakan duitnya untuk masyarakat disitu.
Ketika ditemuramah, nenek Sahnun juga tidak ingat bila dia mula menyimpan duit itu dan hanya mengingati beliau telah lama melakukannya.
Biarpun sering berpakaian lusuh, namun sifat nenek Sahnun yang jujur dan ikhlas ini patut kita contohi.
Kisah ini patut dijadikan teladan dan inspirasi kepada semua. Semoga ia mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua.