Connect with us

Semasa

“Kasih hingga ke liang lahad” Ibu Jaga Anak Koma 2 Bulan Hingga Nafas Terakhir

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah kisah seorang ibu yang setia menemani anaknya sehingga nafas yang terakhir.

Selama dua bulan ibu ini setia menemani anaknya walaupun anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pemuda ini telah mengalami satu insiden apabila motosikal yang ditungganginya terbabas semasa perjalanan pulang dari kerja.

Pemuda yang berasal dari Sabah itu telah datang merantau untuk mencari rezeki di Selangor bagi membantu menyara keluarganya di Sabah.

Kasihnya ibu tidak terhingga kasih bapa ke hujung nyawa. Kedua ibu bapa pemuda ini terbang dari sabah demi menjaga anak mereka di hospital.

Ekoran dari keadaan pemuda itu yang tidak sedarkan diri, ibu bapanya setia menumpang di Balai Pelawat Penumpang selama dua bulan ini untuk mengetahui perkembangan anak mereka.

Akhirnya, tiada perkembangan yang positif pada anak mereka, keputusan dibuat untuk membawa pemuda itu pulang ke Sabah telah dibuat.

Keputusan untuk memindahkan pemuda itu ke Sabah dibuat berdasarkan perkembangan dari Doktor yang merawat dan faktor kebajikan ibubapa pemuda ini.

Namun, apakan daya ibu bapa dan pemuda ini tidak sempat kembali ke Sabah bersama anak mereka kerana akhirnya anak harapan mereka telah dijemput Ilahi.

Saat paling sedih apabila melihat ibu ini mengucup anaknya buat kali terakhir sebelum jenazah anaknya diturunkan ke liang lahat.

Kisah sedih ini telah tular dan dikongsikan olehLembaga Zakat Selangor di laman sosial Facebook.

Kasihnya Ibu Hingga Ke Liang Lahat

Zakat Iringi Air Mata Ibu

“Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor menerima info seorang pemuda yang telah terlibat dalam kemalanngan dua bulan lalu”.

“Pemuda ini berasal dari Sabah dan merantau seorang diri di Selangor untuk mencari rezeki bagi meyara keluarga di Sabah”.

“Kemalangann berlaku 2 bulan lalu akibat terbabas ketika menunggang motorsikal semasa perjalanan balik kerja”.

“Sepanjang 2 bulan di Hospital, ayah dan ibunya dari Sabah datang menjaganya yang berada dalam keadaan koma. Mereka berdua hanya menumpang di Balai Pelawat Hospital”.

“Oleh kerana keadaannya yang tidak menunjukkan perkembangan, Doktor Pakar memanggil pihak Zakat Selangor dan berbincang mengenai urusan memindahkannya ke Hospital di Sabah agar lebih mudah penjagaan dan kebajikan ibu bapanya mencukupi”.

“Namun, malam tadi pemuda ini telah disahkan meninggal dunia dan ibunya berhajat membawa pulang jenazahnya ke Sabah”.

“Setelah perbincangan dan penerangan dari SSU, ibu dan bapa ini bersetuju untuk di uruskan jenazah ini di semenanjung pada hari ini”.

“Saat sebelum dimasukkan ke dalam liang lahad, ibu ini mencium ananknya buat kali terakhir dengan aliran air mata meredhai pemergiaan anaknya. Zakat Selangor membantu sepenuhnya bagi urusan ini sehingga dikebumikan”.

“Insya Allah esok, ibu dan bapanya akan diterbangkan pulang terus ke Sabah dengan bantuan wang zakat kerana mereka dari keluarga yang tidak berkemampuan”.

“Inilah sebahagian fungsi wang zakat, diagihkan sebaiknya. Marilah sama – sama kita doakan agar pemuda ini dikurniakan keampunan dari Allah, dirahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh. “bersama kami membantu mustahiq”.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.