Connect with us

Selebriti

Didakwa Berpisah Selepas Bersalin, Ini Penjelasan Adira & Suami.

Semalam, satu lagi khabar gembira dikongsi kepada media apabila penyanyi Adira telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

Turut berkongsi khabar gembira itu adalah suami kepada penyanyi itu Dato Red yang memuat naik satu perkongsian dilaman sosial Insragram miliknya.

Menerusi perkongsian Dato red ini merupakan cahaya matanya yang ke sepuluh dan beliau  turut memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang tidak terhingga ini.

Sebelum ini, satu khabar angin mengenai pergolakan rumahtangga mereka tersebar. Namun, Adira telah menafikan khabar angin tersebut menerusi Harian Metro.

Khabar angin itu tersebar ketika Adira sedang sarat mengandung cahaya mata ketiga hasil perkahwinan mereka.

Siti Adira Suhaimi 28 atau lebih dikenali sebagai Adira menafikan satu khabar angin yang mengatakan beliau berada di mahkamah untuk menyelesaikan kemelut rumahtangganya.

Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya”.

Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja”.

Ujarnya lagi menerusi Harian Metro, beliau tidak menghiraukan khabar angin yang tersebar dan bahagia bersama suami tercinta.

Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya“.

Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”.

Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai”.

Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga,” katanya.

Selian itu, Datuk Red juga turut mengulas bahawa semua khabar angin itu adalah tidak benar.

Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini”.

“Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak,” katanya.

Tahniah kepada Adira dan suami atas kehadiran cahaya mata baharu .

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.