Connect with us

Selebriti

“Nak royat nyo Syahmi x pernah peduli pasal Asif” Dakwa Keluarga Asif

Peminat Drama Spontan dari Youtuber terkenal Syahmi Sazli pastinya meminati Asif yang sering muncul dengan komedi bersahaja.

Asif yang menghidap mild autism diperkenalkan oleh Syahmi Sazli melalui video filem pendek di Youtube dan Facebook telah menjadi popular dan diminati segenap masyarakat.

Walaubagaimanapun sejak akhir-akhir ini telah timbul cerita tidak enak mengenai hubungan di antara Asif dan Syahmi apabila mereka jarang dilihat bersama setelah pulang dari Kuala Lumpur.

Menerusi Insta Story, Syahmi Sazli telah memberitahu terdapat perselisihan faham di antara pihaknya dan penjaga Asif.

Malah, Instagram Asif juga rupanya dijaga oleh penjaga yang didakwa kakak dan abang Asif.

Berikut adalah kenyataan keluarga Asif menerusi akaun @asifsuhaimi02

“assalamualaikum semua..tiba masa utk saya buka mulut..sebenarnya ig asif yg ni adalah ig kedua asif.. kemana ig pertama?? nanti sy cerita kemudian..

ig ni kami adik beradik yg handle ( kak long, asyraff, aisyah ) . dan semua yg sy pernah reply dm tu sy sejujurnya akan bagitahu yg asif mmg tak pandai reply wassap, tak pandai baca story atau apa2 berkenaan media social.

so dgn adanya ig asif yg ni, kami adik beradik selalu update tentang perkembangan asif.yelah ramai yg tanya “asif takde ig ke “ so kami buatkan utk asif.settle di situ.

timbul issue salah faham ni bila mana ABAH ada minta payment dr pihak sana di mana pihak sana tak berapa setuju dgn abah..dan benda ni berlarutan sehingga ke hari ini..kakak sy tak ada kaitan dlm hal ni.pendekkan cerita, bayaran asif untuk 1 drama spontan hanya RM 200 sahaja.

sedangkan yg pihak sama war2 kan di media asif dpt jana income sendiri mencecah 10 ribu.apo??? itu yg membuatkan abah tidak berpuas hati. sedangkan hakikatnya keluarga asif nak membeli makanan harian pun kena hutang dengan kedai runcit depan rumah.. .

bab abah pula.ye betul dulu abah mmg ada masalah.kakak pernah inform pihak sana tentang bayaran asif di mana pd awalnya asif hanya dpt bayaran rm 20/50 utk 1 video.alasan pihak sana x boleh bagi abah takut abah buat benda lain.. seburuk2 abah kami, abah lah yg jaga asif dari dulu sampai sekarang.so kenapa pihak sana nak sekat payment asif ? alasan x masuk akal sebab asif masih ada lg adik n ibu yg bekerja gaji hari.

kedua asif mula terima payment rm 200 utk 1 video setelah kakak yg dikatakan adik beradik tiri sedangkan kakak adik beradik kandung asif tu menyuarakan kpd pihak sana tntang payment asif.so start bulan 7 baru abah asif terima payment rm 200.so ke mana duit asif utk video sebelum2 ni? katanya pihak sana,mereka belikan baju asif harga 200, 300, banyak helai..

kenapa sampai ratus2 beli baju? tak boleh bg kat ma atau adik asif sendiri ke? disebabkan kakak menyuarakan benda tu semua, pihak sana dah mula hentam, kata mcm2..salah ke seorang kakak bertindak mempertahankan hak adik sendiri? .
sila baca dan fikir.jangan diasebabkan pihak sana nampak positive nampak baik, semua yg jahat dr kami??

dr dulu sebelum asif terkenal, kakak dah banyak bantu.jangan sesuka hati buat tuduhan.pihak sana pernah mempertikaikan

“kenapa waktu asif femes ni baru muncul?” bukan dik..bukan baru muncul..dah lama dah muncul..tiap2 bulan kirim duit..

yg x pernah muncul waktu asif susah tu ialah pihak sana. nak muncul buat apa ? asif tengah susah waktu tu. orang sedap mulut kata keluarga asif sendiri tak ambik tahu, korang tak tahu cerita tolonglah jgn tuduh.

normal lah bila slow2 asif dah femes, pihak sana mula hantar brg dapo yg selama ni kakak dah supply dah cuma tak diketahui sebabnya pihak sana nak jejakkan kaki kat rumah asif setahun sekali pun tak.hanya keluarga kami , sedara2 terdekat je yg tahu. ( nk royat nyo syahmi xpernah peduli pasal asif ) 

takkanlah kakak bank in duit kat abah, hantar brg dapo kat abah, nak up dekat ig?kakak bukan instafemes pun. so org xtahu apa yg kita buat di belakang.ahli keluarga shj yg tahu.kenapa pihak sana dengki sgt? 

tentang bawak asif ke sana ke mari.salah ke kakak bawak adik jalan2? kenapa busuk hati sgt ? tak kan asif 24 jam nak ada dgn dorang? lepas tu kata kakak x pernah nk bawak asif sebelum ni. ok asif sblm ni korang tahu kan mcm mana? tak nak bergaul, kalau pergi beraya salam2 masuk bilik , apatah lagi nak bawak jalan2..

yes terima kasih pd pihak sana sebab asif sekarang pndai bergaul..tetapi ungkitam demi ungkitan kami hidu.asif xboleh dgn org lain, ada je yg nak diperkatakan. dah la dtg ambik asif kdg2 main ambik je , tak mtk kebenaran pun .

ok sy xmalu nak mengaku, abah sy bekas banduan. ye sebelum2 ni pun sy xmalu mengaku yg bekas banduan itu adalah ayah kandung kami. itu yg pihak sana cuba reveal. baik buruk manusia hanya Allah yg tentukan amal ibadat mereka.

tak kan lah kesalahan abah yg lalu mereka nak hukum sampai mcm ni sekali? alasan sebab abah mcm tu dorang bayar asif suka2 je? .

tipulah yg baca status ni tak ada abah yg pernah buat salah.tak kan disebabkan itu pihak sana berhak 100% ke atas asif? abah asif waktu susah dulu mana ada sorang pun peduli.

mak2 sedara terdekat cari kakak jugak mtk tlg settle. slip kakak selalu bagi duit dekat abah bulan2 kakak simpan. apa lagi salah kami adik beradik? .

Buat masa ini pihak keluarga Asif menutup ruangan komen di laman Instagram milik Asif.

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: "Agak-agak duit tu Asif dapat rasa tak? Dimana hak Asif?" Ini Penjelasan Pihak Syahmi Sazli | YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.