Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Tak sangka semalam hari terakhir Aqil..Acik rindu Aqil” Budak Lemas di Kolam hotel

Innalillahi wa’inna ilayhirajiun. Salam takzi4h buat keluarga Aqil. Semoga Allah beri kekuatan, ketabahan buat keluarganya. Amiinn ya rabbal alamin. PERGINYA TAKKAN KEMBALI, PERJALANAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG ACIK rindu Aqil. Aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir Aqil sayang. […]

PERGINYA TAKKAN KEMBALI, PERJALANAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG

ACIK rindu Aqil. Aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir Aqil sayang.

Ceritanya begini. Kami bukan pergi holiday atau suka-suka sebenarnya.

Abah masuk wad, jadinya aku ambil keputusan untuk stay hotel dekat dengan hospital abah. Mula-mula aku cuma nak ambil satu bilik sahaja.

Disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah, aku ambil dua bilik untuk kami stay di The Shore Melaka. Malam tu sebelum check in hotel, kami semua tengok abah.

Aqil pun ada tu, Aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan Aqil dengan atok malam last jumpa atok.

Aqil, mama, papa, Aleesya, Cu dengan abang Qimie datang hotel yang aku check in. Mama dia beritahu dia paling suka sangat nak ke hotel. Mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil suka bila semua saudara sebaya dengan dia ada sekali.

Malam tu Aqil tidur dengan family Aqil. Sebelum ni memang jarang nak tengok semua family Aqil kumpul semua. Abang selalu tak ada. Malam tu, semua sibuk nak tidur hotel. Tidur ramai-ramai.

Bila sampai je bilik, pertama sekali dah excited tunjuk kolam renang yang permandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok.

Aqil dalam bilik hotel dengan keadaan sangat suka bila dapat berkumpul ramai-ramai.

Pagi sebelum turun ke kolam renang, Aqil tengok atok kat hospital, jalan kaki dengan mama. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tidur di hotel, jaga atok malam tu. Sebelum ni pun mama Aqil selalu cakap, Aqil tak makan dah banyak hari. Selalu Aqil paling suka makan. Kalau tengok Aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan, Aqil jumpa atok. Atok cakap dengan Aqil,

“Aqil duduk sini dengan atok eh,” Aqil bawak opah sarapan. Pagi tu Aqil makan roti canai suku je.

Mama tanya, “Aqil nak makan tak?”.

“Tak nak mama. Aqil nak minum ais kosong je,” selalu Aqil minum milo ais, pagi tu minta ais kosong je.

Semua dah excited tunggu Aqil balik hotel balik lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama sama. Aqil balik hotel, Rizqi, Rifai, Rafanda Aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma Aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi. Lepa stu Aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun join sama mandi. Aqil memang sentiasa dijaga oleh papa Aqil. Mana saja Aqil pergi, papa dia akan ikut.

Lepas je kami semua main di kolam kanak-kanak yang ada playground. Kami dah tak nampak Aqil dengan papa Aqil. Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami. Masa tu papa Aqil masih lagi ikut Aqil.


Lebih kurang sejam kami mandi dan masa tu tiba-tiba pula kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang tak ada cuma Aqil dengan papa Aqil je. Aqil masih bermain dengan papa Aqil. Lebih kurang 20 minit tu, bibik aku datang dan terus beritahu.

“Puan, Aqil lemmas, ada di sana!”

Aku dalam keadaan tergesa-gesa terus berlari ke arah yang bibik tunjuk, sambil aku jerit panggil nama Aqil.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ke tempat Aqil, aku tengok ramai orang keliling Aqil sambil Aqil terbaring lembik tanpa sedar dan badan Aqil serta merta biru. Orang semua sibuk beri bantuan pada Aqil. Kebetulan masa tu ada sorang hamba Allah ni nampak Aqil terapung dan dia yang tolong tarik Aqil ke tepi untuk tolong Aqil sambil tanya, “Anak siapa ni? Anak siapa ni?”

Lepas tu kebetulan yang tolong buat cpr pada Aqil adalah dua orang doktor yang memang bercuti di hotel yang sama. Doranglah yang bantu Aqil sebelum sampainya ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong Aqil.

Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat ayat Al Quran dikeliling Aqil. Semua orang bersungguh tolong Aqil. Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada Aqil. Aqil lemas di kolam orang dewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya.

Aqil dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan kritik4l, doktor cuba sedaya upaya untuk selamatkan Aqil. Doktor beritahu keadaan Aqil masih tidak beri respond. Aqil masih bergantung pada mesin sebenarnya.

Tepat jam 12 malam doktor beritahu mama dengan mama Aqil, kalau terjadi apa-apa kena tabah dan redha. Mama dengan papa Aqil dah mula redha kalau terjadi apa apa. Jam 12.30 awal pagi, doktor dah beritahu Aqil masih tak respond dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan Aqil.

Aqil disahkan tiada, Kami redha dengan pemergian aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka aqil Indah, senyum, wanginya ya Allah!

Jam 3 pagi Aqil sampai rumah opah dengan atok. Sed1hnya, atok sambut Aqil sayang. Kebetulan atok discharge semalam juga. Atok singgah tengok Aqil pula kat hospital sebelum atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk Aqil di rumah lepas atok sampai rumah. Atok dengan harapan Aqil sedar. Allah maha menentukan segalanya rupanya.

Sebakk tengok gambar ni, mama dengan papa Aqil tidur dengan Aqil buat kali terakh1r dari jam 3.30 pagi sehingga ke subuh. Kami semua tidur dengan Aqil terakh1r pagi tadi. Masih terngiang lagi suara Aqil ya Allah.

Adalah gambar perjalanan Aqil ke syurga😥 Allah sayang Aqil, Aqil budak baik. Hari-hari sembahyang, mengaji. Semua sayang Aqil, kalau pergi rumah Aqil mesti tengok Aqil tengah mengaji dengan papa dia. Allahhu. Patutlah Allah ambil Aqil, sebab Aqil budak baik. Aqil ada beritahu mama sebelum ni,

“Mama, Aqil nak pergi syurga tau.”

Betul jadi kenyataan untuk Aqil. Perjalanan Aqil ke syurga semua orang cemburu Qil. Indahnya hidup Aqil sekarang. Kami semua rindu Aqil tau. Aqil tunggu acik dan semua datang sana ya. Tak ada dah nak dengar Aqil gadduh dengan Rifai, Rizqi Rafanda.

Semoga tenang di sana anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat Aqil. Aqil pergi buat selamanya. Baru je kita gembira semalam. Atok yang sakit, tapi aqil yang pergi. Aqil ganti atok ya sayang. Sentiasa rindukan Qil tau. Aqil yang montel, last semalam acik mandi dengan Aqil. Acik peluk Aqil, acik picit badan-badan Aqil sebab Aqil montel sangat. Dah tak dapat nak tepuk-tepuk badan Aqil lagi lepas ni. Allah kuatkan mental kami semua. Terima kasih bagi pinjam Aqil lima tahun.
Minggu depan harijadi Aqil. Video harijadi Aqil tu tahun lepas. Rindunya ya Allah.

Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga.

Al fatihah Aqil sayang🤲

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.