Tanpa kita sedar ramai jutawan di Malaysia yang bermurah hati dan tidak menghebahkan kebaikan yang mereka lakukan.
Salah satu kisah adalah mengenai pengasas bank terkemuka, RHB iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Tanpa sedari umum, beliau sebenarnya sudah mendirikan tiga buah masjid yang bernilai jutaan ringgit.
Beliau bermurah hati mendirikan masjid diatas sumbangannya bagi kegunaan orang awam tanpa diketahui umum.
Kisahnya telah tular setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, bernama Farhan Che Hassan.
Pendedahan itu sedikit sebanyak mendedahkan siapakah sebenarnya Tan Sri Abdul Rashid yang bermurah hati itu.
Sebelum ni Masjid Hussain Seremban 2 atau dikenali sebagai masjid putih juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.
“Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.
“Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah”.
“Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba-hambanya”.
“Semoga Allah menerima niat baik beliau dan mengalirkan semua pahala orang yang datang beribadat dan orang ramai mendapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini”.
Masjid Sri Sendayan yang baru sahaja siap dibina telah dibuka untuk kegunaan orang rama. Masjid itu juga dibina hasil wakaf daripada Tan Sri Abdul Rasyid sendiri.
Menyusuri Masjid itu, anda pasti kagum kerana ia dibina dengan begitu cantik sekali dan jika dilihat ia seperti keindahan seni bina Islam di Turki.
Selain itu, dua lagi masjid yang telah dibina oleh beliau adalah Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi.
Kemudian tidak lama selepas itu, beliau mendirikan pula Masjid Hussain 2 di Seremban dengan kos menelan RM22.6 juta.
Disamping itu, ada yang mengatakan Tan Sri Abdul Rasyid telah membuat satu ruangan khas, dimana beliau ada berniat mahu dikebumikan di dalam masjid tersebut.
Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan menjadikan beliau inspirasi atas sikap mulia yang ditunjukkan beliau itu.
Semoga perkongsian ini memberi kenaikan dan manfaat kepada semua dan semoga beliau menjadi inspirasi kepada semua diluar sana.