Walaupun sudah berpisah, Bella Astillah dan bekas suaminya Aliff Aziz masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka berdua.
Pelakon cantik itu mengakui sudah memaafkan bekas suaminya dan enggan terus dibelenggu rasa sedih dan kecewa.
Baru-baru ini Bella dan Aliff membuat sesi Live di IG bersama, berduet menyanyi ibarat seperti pasangan baru bercinta sehinggakan ramai percaya kedua-duanya belum ‘move on’ dan menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Terdahulu difahamkan, sedutan sesi tersebut turut dikongsi pengguna Twitter yang pada awalnya sebak dengan aksi dua bintang yang pernah bergelar suami dan isteri itu.
Walaubagaimanapun, ada juga yang turut menasihati dan meminta Bella agar tidak melakukan perkara sama lagi.
Namun, menerusi Insta Storiy, Bella ada memberitahu apa sahaja perkara yang dilakukan adalah haknya dan netizen berhak untuk berkata apa sahaja, sama ada untuk raih glamor atau sebagainya.
Itu hak saya
“Apa yang saya mahu buat itu semua adalah hak saya, termasuklah Instagram saya. Soal netizen cakap tentang nak glamor atau sebagainya adalah hak masing-masing. Yang penting saya tahu niat saya.
“Mungkin menjadi lumrah orang-orang selepas bercerai kalau boleh tak nak bersua muka atau bermusuh. Maaf, tidak saya. And excuse me tiada siapa yang kahwin untuk bercerai. Bercerai itu perih tapi itulah takdir yang harus diterima.
Harap sangat fikiran jangan terlalu kolot
“In my case, kami ada anak, Ayden. He still needs his father. Harap sangat fikiran jangan terlalu kolot. Kita berhubung baik adalah untuk anak dan siapa tahu kalau memang masih ada jodoh?
“Hidup, ajal mati, perpisahan semuanya bukan di tangan kita. Lebih baik kita perbaiki diri, cermin diri daripada ambil tahu tentang perkara yang tidak membawa manfaat kepada diri. Semoga menjadi iktibar”
Sebelum ini, Bella dan Aliff Aziz telah berkahwin pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.
Namun, mereka berdua telah mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei yang lepas.