Menerusi laman Facebook miliknya, Najihah mengucapkan Alhamdulillah dengan tanda pagar #akurindu yang ditujukan buat Allahyarham.
Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur dan mendoakan semoga mereka yang bersalah akan segera di bawa ke muka pengadilan.
Semoga keadilan buat arwah
Semoga semuanya dipermudahkan
Pagi tadi Nurul Najihah dilihat keluar dari mahkamah dalam keadaan menangis sambil dipimpin oleh seorang wanita.
Najihah yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 8.45 pagi dan ia merupakan kali pertama dia hadir di Mahkamah Koroner bagi perbicaraan inkues kes Allahyarham Adib.
Mahkamah Koroner pada hari ini telah memutuskan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali, lapor Astro Awani.
Hakim Koroner Rofiah Mohammad yang mengumumkan keputusan itu sebentar tadi berkata ia dibuat setelah meneliti keterangan saksi yang selari dengan kejadian.
“Kita buat keputusan setelah ambil kira keterangan saksi dan setelah meneliti keterangan saksi kes ini jelas melibatkan jenayah,” kata Rofiah.
Semoga dengan keputusan ini, mereka yang bersalah akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.