Connect with us

Selebriti

Isteri Derhaka? Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz Terhadap Noor Nabila

Ketika ini dikatakan isu kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad masih lagi hangat diperkatakan.

Pada hari ini, Sharnaaz dikatakan memfailkan permohonan Nusyuz terhadap isterinya Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan pada 19 September lalu dan menurut Sharnaaz permohonan tersebut dibuat  untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

“Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana”.

“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik”.

“Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, peguam yang mewakili Noor Nabila turut mengesahkan telah menerima permohonan tersebut pada 22 September lalu.

Sharnaaz Ahmad melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Sementara itu, Noor Nabila telah melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan selaku wakil bagi pihaknya.

Mahkamah telah menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan semula kes nusyuz bagil hasil laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, Nabila telah menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu.

Namun begitu, Sharnaaz telah menolak permohonan dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.