Sebelum ini, jawapan Natasha Hudson menimbulkan tanda tanya netizen apabila menjawab pertanyaan persoalan mengenai cara menghadapi masalah rumah tangga melibatkan suami berlaku curang seakan memberi bayangan rumah tangganya bermasalah.
Perbuatannya memadam foto perkahwinanya turut menimbulkan spekulasi netizen dan akhirnya terjawab apabila Natasha mengesahkan sudah berceraai talakk satu dengan ahli perniagaan, Noor Nashiq Sekanor baru-baru ini.
Tidak mahu mendedahkan punca perceraian kali keempat itu, Natasha berkata rumah tangga yang dibina Disember tahun lalu penuh dengan penipuan dan permainan mental.
“Ya, saya sudah berceraai dengan talakk satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan dan permainan mental. Jadi saya tinggalkan dia. Ia memerlukan keberanian untuk saya lakukannya. Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesengsaraan dan pengorbanan.
“Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam atau sedih mengenai perkahwinan saya secara umum tapi ini adalah pengalaman paling teruk,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Natasha berkata kegagalan rumah tangganya itu membuatkan dia lebih berhati-hati memilih pasangan hidup di masa akan datang. Ujarnya dia memerlukan pasangan yang sentiasa menyokong dan menyayangi anak-anaknya.
“Saya tidak perlu orang yang lemah, saya bukan budak kecil dan saya juga manusia yang mempunyai hati. Saya perlukan pasangan yag boleh menjadi penyokong terbesar untuk saya.
“Pasangan itu juga perlu menyayangi dan menerima anak-anak saya dan dia juga perlu kuat dan berkuasa seperti saya yang tidak akan cipta drama dalam kehidupan,” ujarnya.