Menerusi satu perkongsian di laman sosial Instagram Bonda Rozita Ibrahim ada meluahkan kekesalan mengenai satu majlis yang dihadirinya.
“Pinggan mangkuk kualiti pasar malam sedangkan 1 meja ni kena bayar 50k untuk 10 seat tau”.
“Kalau kat rumah macam ni kita hidangkan tetamu dah kena carut kata chef wan dan ahli koperat lain”.
“Kami yg dok semeja ketawa serentak dan terakam pulak muka kri , terkejut, ehh betul keplastik ni”.
“VVIP lain dok semeja dengan saya komen benda sama malam tadi majlis Asean reward, Jimmy Choo , menteri dan entrepreneur asean“ bukan calang kepalang”.
“Terpukau bila mereka serve pakai pinggan plastik dan besen basuh ikan je. Moral of the story tempat prestij bukan jaminan mewah dan tempat kampung tidak semestinya ketinggalan zaman”.
“Adab menlayani tamu dihotel mewah selalunya pinggan dan kemasannya serba mewah sebab bayar mahal”.
“Kalau picnic atau warong kecik kita faham pakai pinggan plastik (Saya tak akan makan dan minum dalam plastik sebab saya tau toksin”.
“Perkara tersebut dikatakan berlaku ketika beliau menghadiri sebuah majlis kenamaan yang dihadiri oleh nama-nama besar seperti Chef Wan, Datuk Jimmy Choo dan beberapa barisan menteri”.
Namun begitu, apa yang mengecewakan beliau adalah pihak penganjur didakwa tidak menawarkan servis seperti apa yang telah dibayar.
Mereka dihidangkan menggunakan pinggan mangkuk yang digunakan untuk menjamu tetamu yang bukan calang-calang hadir dikatakan hanya daripada plastik dan tidak setanding dengan harga.
Perkara tersebut berlaku ketika beliau dan beberapa usahawan terkenal menghadiri satu majlis kenamaan yang turut dihadiri oleh Dato’ Redzuawan bin Ismail (Chef Wan), Dato’ Sri Alif Syukri dan beberapa usahawan terkenal yang lain.
Dato’ Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan turut membuat satu perkongsian mengenai majlis tersebut.