Connect with us

Filem

Tangga Joker Kini Jadi Tumpuan Tarikan Pelancong

Tangga ikonik dari filem terbaru ‘Joker’ nampaknya telah menjadi tempat tumpuan tarikan pelancong.

Terletak di 167th Street di bandar Bronx, New York City, tangga tersebut merupakan salah satu lokasi yang paling dikenali dalam filem dibintangi Joaquin Phoenix yang baru.

Ia menjadi lokasi ikonik di mana watak utama Arthur menari di atas tangga sebelum diperkenalkan sebagai The Joker.

Filem Joker yang membawa tema drama psiko melankolik berjaya mengutip lebih USD700 juta sehingga kini dan nampaknya memberi impak yang agak besar terhadap para peminatnya.

Mereka berlumba-lumba memuat naik foto yang diambil di tangga tersebut di laman Instagram dengan tanda pagar #JokeStairs.

 

View this post on Instagram

 

This morning i woke up as #kiariladyjoker🤡🃏 and decided to go take some shots at those stairs in the Bronx where a scene of the movie Joker was shot. IGTV and YouTube videos will follow up in the next days, i can’t wait to show you priceless reactions of people around the city! . What do you think of the movie?! Masterpiece in my opinion and Joaquin Phoenix the best of the best💯 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 📸 @newyorkloveny Thank you @manuspa to trigger the idea and @chalachinar for the make up on point👌💄 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• @jokermovie @toddphillips1

A post shared by NYC Blogger| Jetsetter🤸🏻‍♀️ (@kiariladyboss) on

Walaubagaimanapun, terdapat penduduk di Bronx yang memberi nasihat untuk tidak pergi ke tangga berkenaa memandangkan ianya kawasan ‘hitam’.

“Tolong jangan pergi ke Mt. Eden hanya kerana awak menonton filem Joker dan berfikir tangga akan menjadi comel untuk bergambar. Anda akan dirompak. Mungkin ditembak juga”

Namun sehingga hari ini masih ramai peminat Joker dilihat masih datang ke tangga tersebut untuk bergambar.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.