Connect with us

Selebriti

“Pakai Loket Tulisan Jawi Tapi Dedah Aurat” Netizen Persoalkan Tindakan Emma Maembong.

Pelakon cantik Emma Maembong antara pelakon yang semakin meningkat naik namanya dalam industri.

Selain Emma Maembong, adiknya Cha Cha Maembong juga merupakan seorang pelakon dan sering membintangi drama-drama melayu.

Sekitar 2014, satu berita gembira telah dikongsikan oleh Emma Maembong apabila beliau telah mula berhijab.

Walaupun beliau telah berhijab ketika itu namun namanya terus melonjak naik dalam industri sebagai seorang pelakon yang berkaliber.

Namun begitu setelah 5 tahun bertudung, sekitar Februari lalu industri dikejutkan dengan berita beliau sudah tidak bertudung.

Beliau turut memohon maaf dan meminta peminat serta orang ramai menerima keputusannya dengan lapang hati.

Rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai berita tersebut dan ada yang turut mendoakan supaya beliau kembali terbuka hati untuk bertudung.

Terbaru, gambar yang dikongsikan Emma menerusi laman sosial Instagramnya memperlihatkan beliau memakai rantai berserta loket yang tertulis nama “Fatimah” dalam bahasa jawi.

 

View this post on Instagram

 

all the best for tonight my baby sister @chacha_maembong , love you, our makeup by @makeupbynadianordin ❤️ #EmaNizers #emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Gambar itu turut mendapat pelbagai reaksi dari netizen mengenainya dan netizen turut mempertikakian apa yang dilakukan oleh pelakon itu.

Ada netizen yang mempertikaian beliau memakai loket tulisan jawi yang tertulis namanya tetapi pelakon itu sendiri dikatakan tidak menutup aurat.

Gambar yang dikongsikan di laman sosial itu telah menimbulkan reaksi yang tidak senang dikalangan netizen.

Ada yang mempertikaian mungkin akan berlaku salah faham terutama kepada mereka yang bukan beragama Islam mengenai tulisan jawi.

Setiap orang boleh mempunyai pandangan mereka sendiri dan berharap kita semua tidak membuat sebarang kenyataan mengenai.

Mengenai perkara ini, lebih baik kita rujuk kepada orang yang lebih pakar berhubung perkara tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.