Beberapa hari lepas telah tular satu kisah di mana seorang pengantin perempuan yang telah meninggal ketika di atas pelamin ketika majlis persandingan.
Pengantin lelaki yang bernama Ardiwansyah Tato terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya itu telah pergi buat selamanya.
Mereka dikatakan sempat mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri hanya selama seminggu sebelum kejadian itu terjadi.
Pasangan mempelai tersebut berasal dari Sulawesi Barat, Indonesia telah diijab kabulkan pada 17 Oktober yang lepas.
Namun begitu, kebahagiaan yang dikecapi mereka itu tidak berkekalan lama selepas isterinya yang bernama Nurmadina telah kembali ke rahmatullah semasa majlis resepsi pihak lelaki.
Pengantin perempuan yang ketika itu lengkap mengenakan gaun merah secara tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri di atas pelamin.
Terdapat beberapa orang cuba untuk membantu Nurmadina namun dia disahkan sudah tiada.
Menurut perkongsian di Instagram, kejadian tersebut berlaku pada 24 Oktober iaitu hari Khamis yang lepas.
Video : 24 Oktober 2019
Suatu kejadian yg sangat2 menyayat hati, seketika dua insan telah di persatukan oleh Allah Swt dan Seketika kebahagiaan akan menghampiri, tapi seketika suatu kehendak yg diberikan oleh Allah swt berubah menjadi lautan kesedihan bagi mereka yg mencintainya.
Seorang pengantin baru (ARDIWANSYAH TATO & NURMADINA), di Hari kamis yg lalu telah melangsungkan akad nikah dan di hari kamis ini pula mempelai wanita telah di berpulang ke rahmatullah.
Hari kamis adalah hari bahagia sekaligus hari duka cita bagi mempelai.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesabaran oleh suami dan keluarga2nya dan Ampunilah segala dosa2nya dan tempatkanlah armarhumah di tempat yg paling Indah (Surgamu) Amin
Lokasi : Dusun Pettabeang, Desa Kayuangin, Kec.Malunda Kab.Majene Prov: Sulawesi Barat
Video pengantin lelaki meratapi pemergian isterinya semasa di perkuburan membuatkan ramai orang hiba.
Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.