Connect with us

Selebriti

Mahu Abadikan Momen Istimewa Bersama Bapa, Shiera Bawa Anak Bertemu Bekas Suami

Menerusi laman sosial pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira berkongsi detik manis anak gadisnya menghadiri istiadat konvokesyen.

Sharifah Shahira turut memberikan dedikasi istimewa bersempena dengan graduasi anak pertamanya, Allisya Tahir di HELP University.

Sheira yang sering menulis kapsyen lucu, turut menulis seperti biasa dan sempat memberi sedikit nasihat dan pesanan kepada anaknya.

Ucapan istimewa Shiera buat anaknya

 “Oklaa @tallisya72. Graduation day. Ko jangan joget2 lak masa ambik ijazah.

“Banyak lagi kerja nak buat lepas grad ni
Ko jogetlaa kat boss korang esok. Mampu kerja keras. Kerja ..jujur..rajin.

“Mak kamu doakan jumpa orang positif
Nak nasihat mak ko pun berjoget lagi. Bye.

“P/s: lupa..hari tu result 4 flat ke…ke kondo..laa result tak tau ke? Asyik MC siap ko,” tulisnya.

Allisya mahu mengabadikan kenangan manis bersama bapanya

 

View this post on Instagram

 

Settle 🙏🏻 *poor quality* tak de photographer. Sdn. Bhd 😜

A post shared by Allisya Tahir (@tallisya72) on

Menjengah ke laman sosial Instagram anaknya pula, Allisya turut berkongsi gambar bersama bapanya, penyanyi Jatt yang kini sedang bertanding dalam program Gegar Vaganza.

Dipetik dari Berita Harian, Shiera memaklumkam selesai saja majlis konvokesyen di Subang Jaya, Selangor, dia bergegas bawa anak gadisnya itu untuk bertemu si bapa.

“Kebetulan, Jatt berada di ibu negara selama tiga hari kerana terikat dengan sesi latihan dan persembahan untuk siaran langsung Gegar Vaganza musim keenam”.

“Apabila Allisya memberitahu ingin mengabadikan kenangan manis itu bersama ayahnya, saya bergegas membawanya ke tempat latihan Jatt,” katanya seperti yang dipetik.

Allisya merupakan anak kepada hasil perkahwinan pertamanya  Sheira dengan vokalis Black Dog Bone berkenaan.

Shiera dan Jatt telah berkahwin pada 1993 dan kemudian berpisah setelah enam tahun berkahwin dan Sheira kini berkongsi hidup dengan pelakon, Ijoy Azhari.

Selain itu, Allisya turut menunjukkan minat mendalam terhadap seni suara dan beliau sudah merakam sebuah single yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.