Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kemelut rumah tangga penyanyi kecil molek Adira Suhaini dan suaminya, Dato Red.
Kemelut rumah tangga mereka dikatakan masih tiada kesudahan selepas Adira memfailkan tuntutan cerai.
Adira akan pertahankan hak penjagaan anak
Adira berkata, beliau akan tetap mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya seandainya berpisah dengan suami, Dato Red.
Namun begitu bagi Adira, dia tidak akan sesekali memisahkan hubungan antara anak dan bapanya serta tidak akan menghalang mereka untuk berjumpa.
Adira turut mengulas bahawa beliau tidak pernah tinggalkan anak walaupun satu malam.
Penjelasan Adira mengenai hak penjagaan anak
“Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya”.
“Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi”.
“Bagaimanapun saya memang tiada niat untuk pisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan menghalang mereka dari berjumpa,” ujarnya kepada mStar Online.
Beliau ditanya samada sama ada masih tinggal sebumbung dengan suami, Adira bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu dan masih menghormati Dato Red yang masih sah sebagai suaminya.
Sebelum ini Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.