Bagi penduduk yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Taman tasik Titiwangsa pastinya menjadi destinasi riadah wajib.
Bukan sahaja ianya percuma, tetapi juga menyediakan fasiliti riadah lengkap untuk kanak-kanak hingga dewasa.
Tetapi malangnya ia telah ditutup sejak tahun 2018 untuk memberi laluan bagi projek River of Life membaik pulih kawasan tersebut.
Terbaru, menerusi laman Facebook pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengumumkan di mana Taman Tasik Titiwangsa kini sudah berwajah baru dan akan mula dibuka pada bulan Januari 2020.
ROL TAMAN TASIK TITIWANGSA
SILA AMBIL MAKLUM bahawa taman ini MASIH BELUM DIBUKA untuk kegunaan awam kerana pihak projek dan klien sedang dalam proses memobilisasi pasukan sekuriti, pembersihan dan lain² staf.
Tanpa pasukan sekuriti atau kontraktor, sekiranya ada apa² berlaku kepada pengunjung, dikhuatiri tiada perlindungan yang dapat membantu.
Di jangka Taman akan bersedia terima pengunjung bermula Januari 2020.
Nantikan pengumuman hebahannya, ya!
Menerusi perkongsian tersebut juga, DBKL berkongsi foto-foto Taman Tasik Titiwangsa yang kini berwajah baru dan lebih cantik.
Taman permainan kanak-kanak
Laluan pejalan kaki
Taman permainan kanak-kanak
Track jogging
Kolam kanak-kanak
Taman rekreasi